Wed, 21 May 2025
Headlines:
Persembahan ‘Rumah Madani’ untuk sambutan Hari Malaysia
Published on: Tuesday, September 10, 2024
Published on: Tue, Sep 10, 2024
Text Size:
Text:
Persembahan ‘Rumah Madani’ untuk sambutan Hari Malaysia
Liew turut menjemput orang ramai untuk datang bersama-sama memeriahkan sambutan dan menasihatkan supaya datang awal serta menggunakan kemudahan pengangkutan awam yang telah disediakan.
Kota Kinabalu: Persembahan yang unik dan menarik berkonsepkan Rumah Madani bakal dipersembahkan kepada pengunjung dan penonton, pada sambutan Hari Malaysia 2024 peringkat kebangsaan pada 16 Sept.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Christina Liew (gambar) yang juga Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Malaysia 2024 berkata merangkumi lima segmen, ia akan dipersembahkan dalam bentuk tarian pada sambutan di Padang Merdeka, di sini.

Advertisement
“Persembahan khas ini merangkumi pelbagai aspek kejayaan Malaysia antaranya keteguhan, perpaduan, kemajuan serta transformasi negara, dan persembahan ini melibatkan 100 peserta.

“Pelbagai acara menarik telah disusun bagi menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat di negara ini pada sambutan Hari Malaysia 2024, yang kita menjadi tuan rumah sambutan tahun ini,” katanya ketika ditemu bual Radio SabahFM di sini, Isnin.

SPONSORED CONTENT
KOTA KINABALU: Business owners, visionary entrepreneurs, and corporate leaders from across Malaysia are set to converge at one of Sabah’s most anticipated leadership events: CEO Masterclass (CEOM) 2025, happening on the 9th and 10th of July 2025 at the Sabah International Convention Centre (SICC). .
Liew berkata raptai penuh sempena sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan akan diadakan pada 14 Sept, bermula 6 petang di Padang Merdeka, bagi memastikan kelancaran majlis yang berlangsung.

Beliau berkata berkata acara lain termasuk tarian sambut tamu, menandatangani buku khas sambutan Hari Malaysia 2024, memotong kek Hari Malaysia, konvoi kembara merdeka dan upacara menerima Jalur Gemilang.

Advertisement
“Sambutan Hari Malaysia yang bertemakan ‘Rumah MADANI, Jiwa Merdeka’ itu turut melibatkan 85 anggota keselamatan Polis Diraja Malaysia, yang bersiap sedia bagi memastikan kelancaran sambutan pada malam sambutan berkenaan,” katanya.

Liew turut menjemput orang ramai untuk datang bersama-sama memeriahkan sambutan dan menasihatkan supaya datang awal serta menggunakan kemudahan pengangkutan awam yang telah disediakan.

Advertisement
Beliau berkata para tetamu akan turut dihiburkan dengan persembahan artis Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, artis tempatan seperti Elica Paujin, Faizal Tahir, Fauziah Gambus, Amir Jahari dan Stacy, selain dimeriahkan dengan persembahan bunga api.

“Maklumat rasmi berkaitan sambutan Hari Malaysia boleh didapati di web Merdeka360 atau layari Facebook dengan carian Merdeka360.

“Ayuh kita kibarkan Jalur Gemilang menerusi inisiatif satu rumah satu Jalur Gemilang di setiap kediaman masing-masing. Selain itu semua dijemput untuk memeriahkan sambutan Hari Malaysia di media sosial dengan berkongsi #MalaysiaMadani #JiwaMerdeka #TaatSetia #Merdeka360,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here