RANAU: Pasukan bola sepak Ex Paiwen FC muncul juara dalam Karnival Sukan Tertutup Mukim Lohan-Bongkud anjuran Wiramuda dan Wiranita StarSabah Paginatan bersama Belia Kg Lohan yang diadakan di sini baru-baru ini.
Dalam pertandingan itu, Dalamas FT muncul naib juara, manakala Lohan FT dan Bonama FC masing-masing mendapat tempat ketiga dan keempat.
Karnival sukan yang turut mempertandingkan beberapa acara sukan lain itu dirasmikan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri dan Adun Paginatan Datuk Abidin Madingkir.
Dalam program sama, pertandingan bola jaring dimenangi oleh pasukan Querencia, dengan Power Pop Girl di tempat kedua, manakala tempat ketiga dan keempat masing-masing dimenangi oleh Jaguar dan Fortissimo.
Bagi pertandingan bola tampar lelaki pula, pasukan KRVT muncul juara dan naib juara Lohan Viking, manakala tempat ketiga dan keempat masing-masing disandang pasukan Tornado Pahu dan Piket VT.
Acara bola tampar wanita dimenangi oleh pasukan AUCH VT, naib juara pasukan Sapera diikuti oleh pasukan Monsiawan FC dan Misfit di tempat ketiga dan keempat, masing-masing.
Karnival itu turut memasukkkan acara melastik dan pertandingan mewarna Karnival Sukan Lohan Bongkud.
Abidin dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada penganjur dan semua peserta yang menyertai program tersebut.
Tambahnya, penganjuran aktiviti sukan seumpama itu dapat mengeratkan lagi silaturahim antara peserta.
Hadir sama, PPM Paginatan Hisyamudin Harun, Pegawai Khas Adun Juis Konsuling, Ketua Wiranita Siti Nurjana Abas, Ketua Wiramuda Hillary Salmoen dan pemimpin setempat.