PROGRAM Citra Malaysia anjuran Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN) Sabah terus menjadi platform bagi memartabatkan kesenian dan kebudayaan tempatan, selain pentas untuk mengetengahkan bakat pelapis.
Sejak ia dianjurkan pada 2020, Pegawai Penyelaras Mohamed Irwansyah Surya berkata buat pertama kalinya program itu membabitkan 10 penari cilik di bawah Kumpulan Bimbingan Seni Cemerlang (KBSC).
“KBSC adalah sebuah kelab tarian di bawah naungan JKKN Sabah yang terdiri daripada kanak-kanak yang berumur tujuh hingga 11 tahun.
“Ini selaras dengan matlamat JKKN iaitu menarik minat golongan muda untuk menjadi pelapis seni budaya kita.