Sun, 15 Jun 2025
Headlines:
DBKK, DVS digesa perkukuh jaringan pengurusan haiwan
Published on: Wednesday, September 11, 2024
Published on: Wed, Sep 11, 2024
Text Size:
Text:
DBKK, DVS digesa perkukuh jaringan pengurusan haiwan
PETO diiringi pegawai DBKK semasa lawatannya ke Paun Haiwan DBKK.
Kota Kinabalu: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Sabah digesa memperkukuh dan memantapkan jaringan kerjasama dalam pengurusan serta kawalan anjing peliharaan dan anjing terbiar.

Selain itu, Pembantu Menteri II Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Peto Galim juga berharap lebih banyak sesi libat urus dan program kesedaran dapat dilaksanakan secara bersepadu oleh kedua-dua pihak, bagi meningkatkan kesedaran masyarakat berhubung undang-undang berkuat kuasa seperti Enakmen Kebajikan Haiwan 2015 dan Undang-undang Kecil Pendaftaran dan Kawalan Anjing 1963.

Advertisement
Beliau berkata demikian semasa lawatan kerjanya ke DBKK dan Paun Haiwan DBKK, Jumaat lalu.

Beliau disambut oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) DBKK Robert Lipon, Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya Syron A Tunggolou, Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Dr Albert J Lintanga dan pegawai dari Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Kewangan dan Belanjawan serta Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam DBKK.

SPONSORED CONTENT
This two-day event promises an immersive experience with strategic keynotes, interactive fireside chats, and VIP networking sessions and more!
Peto dan rombongannya turut diberi taklimat mengenai pengurusan dan kawalan anjing di kawasan Kota Kinabalu oleh Ketua Unit Kawalan Haiwan Jabatan Kesihatan Persekitaran DBKK Arinah Atim.

Selepas sesi taklimat, mereka meninjau kawasan sekitar Paun Haiwan DBKK.

Advertisement
Turut dibincangkan ialah keperluan untuk menambah baik fasiliti paun haiwan dan cadangan untuk memperluaskan ruang sedia ada.

Turut hadir Penolong Pengarah Kanan DVS Wilayah Kota Kinabalu Dr Senthilvel KSS Nathan, mewakili Pengarah DVS serta anggota Unit Kebajikan Haiwan dan Unit Penguatkuasaan Veterinar DVS.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here