Sun, 13 Oct 2024
HEADLINES :


Enam didakwa terlibat merusuh di premis hiburan 
Published on: Thursday, September 12, 2024
By: Lagatah Toyos
Text Size:

Enam didakwa terlibat merusuh di premis hiburan 
Amriadi didakwa mengikut Seksyen 153 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara satu tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
TAWAU: Enam lelaki, termasuk seorang yang membangkitkan kemarahan sehingga berlaku rusuhan dalam kejadian di sebuah pusat hiburan di kawasan Jalan Haji Karim minggu lepas, didakwa di Mahkamah Majistret di sini, pada Rabu.

Amriadi Sudirman, 29, dipenjara satu bulan selepas mengaku salah di hadapan Majistret Don Stiwin Malanjum bahawa dia mendatangkan bangkitan marah kepada seorang lelaki, Muhammad Daud sehingga menyebabkan rusuhan berlaku di dalam J8 Bistro, di antara 3 hingga 3.30 pagi pada 5 September 2024.

Mahkamah memerintahkan lelaki warga tempatan itu menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh sabitan (11 September).

Berdasarkan fakta kes, tertuduh pergi ke premis hiburan berkenaan pada jam 2 pagi bersama rakan-rakan untuk minum dan berhibur.

Semasa berhibur, tertuduh yang dalam keadaan mabuk merasakan dirinya dilanggar dan terus menolak serta menendang salah seorang pelanggan yang berada berdekatannya kerana berasakan lelaki itu yang melanggarnya.

Kejadian itu menyebabkan berlaku pergaduhan dan rusuhan di dalam premis tersebut sehingga ke kawasan Jalan Haji Karim.

Amriadi didakwa mengikut Seksyen 153 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara satu tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, lima lagi lelaki lain mengaku salah menjadi anggota perhimpunan yang menyalahi undang-undang di kawasan Jalan Haji Karim di antara jam 3 hingga 3.30 pagi pada 5 September 2024.

Mereka ialah Muhammad Azril Abdul Rashid, 25, Mohd Luqman Rabbi, 23, Mohammad Hardi Aris, 20, Muhammad Daud, 21, (tiada dokumen diri) dan Andi Mohammad Taufiq Andi Muhdar, 25.

Azril, Hardi, Luqman dan Andi dikenakan hukuman menjalani khidmat komuniti selama tiga bulan dengan empat jam sehari serta bon jaminan RM1, 000 (dua penjamin tempatan), manakala, Daud yang tiada dokumen pengenalan diri didenda RM2, 000 atau satu bulan penjara jika gagal bayar serta diarah rujuk ke Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Menurut fakta kes, kesemua tertuduh ditangkap sepasukan polis yang menjalankan operasi di kawasan itu susulan satu soroton video berdurasi 1.28 saat di aplikasi WhatsApp yang memaparkan aksi sekumpulan lelaki lebih kurang 15 orang sedang bergaduh di kawasan Jalan Haji Karim.

Hasil siasatan mendapati, para tertuduh bersama rakan masing-masing pergi ke J8 Bistro untuk minum minuman keras dan berhibur dan semasa berhibur, berlaku pergaduhan di dalam premis tersebut sehingga di kawasan Jalan Haji Karim.

Ketika pergaduhan berlaku, mereka tidak terus meninggalkan kawasan pergaduhan dan masih berhimpun di kawasan pergaduhan bersama yang lain sehingga pergaduhan itu bersurai.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 142 Kanun Keseksaan dan dihukum di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara enam bulan atau dengan denda atau dengan kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

ASP Nur Intan Jamrin menjalankan pendakwaan, manakala kesemua para pertuduh diwakili peguam Jhasarry P. Kang (Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan).

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here