LAHAD DATU: Lima gerai penjaja di Batu 13, Simpang Jeroco musnah dalam kebakaran, pada Rabu.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan susulan kebakaran itu pada jam 1.30 pagi.
Advertisement

Pasukan terdiri daripada 11 anggota bomba menggunakan dua jentera dan kenderaan EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak 21km dari balai.
“Pasukan tiba di tempat kejadian pada 1.52 pagi dan mengambil masa lapan minit untuk mengawal kebakaran.
“Pasukan menamatkan operasi pada 2.39 pagi selepas memadamkan sepenuhnya kebakaran dan memastikan tiada bahaya lain di tempat kejadian,” kata jabatan itu.
Jabatan itu menambah, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu dan kesemua lima gerai penjaja musnah sepenuhnya dalam kejadian itu.