Fri, 16 May 2025
Headlines:
Kadar residivis di Sabah kekal 12 peratus
Published on: Friday, September 13, 2024
Published on: Fri, Sep 13, 2024
Text Size:
Text:
Kadar residivis di Sabah kekal 12 peratus
JUHAR (tengah) memeriksa Kawalan Kehormat Utama.
LAHAD DATU: Kadar residivis atau jenayah berulang oleh bekas banduan di Sabah kekal mencatatkan 12 peratus, kata Pengarah Penjara Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Nora Musa.

Menurutnya, peratusan tersebut masih lagi di bawah paras antarabangsa yang ditetapkan iaitu 20 peratus, menunjukkan pemulihan dalam komuniti berkesan dalam membantu bekas banduan kembali kepada masyarakat.

Advertisement
“Kejayaan Pemulihan Dalam Komuniti disokong oleh Program Reintegrasi dan Resettlement yang dilakukan oleh Jabatan Penjara bagi memastikan banduan tersebut dapat memulakan kehidupan baharu.

“Keberkesanan Pemulihan Dalam Komuniti menampakkan hasil apabila residivis di Sabah dapat dikurangkan sebanyak 0.24 peratus,” katanya ketika ditemui media selepas Perasmian Kompleks Penjara Lahad Datu yang dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

SPONSORED CONTENT
KOTA KINABALU: Business owners, visionary entrepreneurs, and corporate leaders from across Malaysia are set to converge at one of Sabah’s most anticipated leadership events: CEO Masterclass (CEOM) 2025, happening on the 9th and 10th of July 2025 at the Sabah International Convention Centre (SICC). .
Jelas Nora, Penjara Lahad Datu ialah institusi ketujuh di negeri ini dan yang tercanggih kerana menggunakan Sistem Kawalan Elektronik Bersepadu (SKEB).

“Penjara Lahad Datu diwartakan sebagai Pusat Pemulihan Khas dan akan menempatkan pesalah-pesalah yang ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Poca).

Advertisement
“Sebelum ini, pesalah-pesalah Poca di Sabah akan dihantar ke semenanjung untuk ditahan di Simpang Renggam, Machang atau Batu Gajah.

“Pewartaan tersebut dapat menjimatkan kos kerajaan membawa pesalah untuk dihantar ke negeri lain, selain membawa mereka menghadiri perbicaraan dan menghantar semula apabila bebas kelak,” ujarnya.

Advertisement
Beliau turut memaklumkan sistem keselamatan di Penjara Kota Kinabalu, Penjara Wanita, Penjara Tawau, Penjara Sandakan dan Penjara Henry Gurney di Keningau turut dinaik taraf menggunakan sistem elektronik bersepadu.

Majlis Perasmian Penjara Lahad Datu turut dihadiri oleh Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Ahli Parlimen Lahad Datu Datuk Mohammad Yusof Apdal serta Pegawai Daerah Firuz Idzualdeen@Bennety Mohd Dzul.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here