PASUKAN operasi menjalankan pemeriksaan.
TAWAU: Seramai 118 orang melibatkan 106 buah kenderaan diperiksa dalam Op Bersepadu Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau selama tiga jam di Jalan Lapangan Terbang Tawau, pada Rabu.
Dalam operasi yang turut disertai Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) Sabah dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu, tujuh notis saman dikeluarkan polis atas pelbagai kesalahan.
Advertisement
Ketua polis daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, antara kesalahan yang dikesan, membabitkan lesen kenderaan memandu (LKM) tamat tempoh, nombor pendaftaran tidak mengikut peraturan, tidak memakai tali pinggang keledar dan visor helmet gelap.
Dalam operasi sama, katanya, JPJ turut mengeluarkan lapan notis, manakala, Motac Sabah memeriksa 37 Bas Persiaran yang membawa pelancong.
SPONSORED CONTENT
Enjoy a taste of Malaysia, everyday with Ayam Brand™ local pastes
SHAH ALAM: Fact: Every time Malaysians travel abroad, we almost immediately miss the taste of home. You don’t need to be homesick to celebrate Malaysia’s rich culinary heritage when you can savor the authentic taste of Malaysia in your own home with Ayam Brand™ cooking pastes.
Operasi bermula jam 9 pagi itu, disertai empat pegawai dan 13 anggota daripada jabatan dan agensi tersebut.
Mengulas lanjut, Jasmin berkata, operasi tersebut bertujuan untuk memastikan pengguna jalan raya serta pengangkutan awam sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan lalu lintas, sekaligus dapat mencegah kes kemalangan jalan raya.
Katanya, BSPT Tawau komited dalam menjalankan penguatkuasaan sebagai memberi peringatan dan kesedaran kepada para pemandu demi memastikan keselamatan semua pihak ketika berada di atas jalan raya.
Stay up-to-date by following Daily Express's Telegram channel.
Daily Express Malaysia