Mekanik curi barang kena enam bulan
Published on: Friday, September 13, 2024
By: Jo Ann Mool
Kesalahan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Mahkamah Majistret di sini menjatuhkan hukuman penjara enam bulan kepada seorang mekanik kerana mencuri barang.
Jong Soon Vui, 46, mengaku bersalah di hadapan Majistret Marilyn Kelvin kerana memiliki beg galas curi dan dua selimut kanak-kanak kepunyaan Kaison Imago pada 16 April, jam 7.30 malam, di pejabat pengawal keselamatan Imago.
ADVERTISEMENT Kesalahan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Mahkamah dimaklumkan oleh pihak pendakwaan bahawa Jong ditahan sejurus pihak keselamatan dimaklumkan mengenai aktiviti kecurian di kedai itu sebelum ini.
Peguam dilantik Lim Ming Zoong @ Lawrence yang mewakili Jong memohon hukuman ringan kerana pendapatan Jong sebagai mekanik tidak stabil.
Mahkamah memerintahkan Jong, yang kini menjalani hukuman atas kesalahan lain, menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap.
ADVERTISEMENT
Sementara itu, seorang lelaki berusia 20 tahun yang mencuri satu tin minyak sapi bernilai RM141.19 dari sebuah pasar raya, berhasrat menjualnya bagi meringankan beban kewangan yang dihadapi ibu bapanya, dijatuhi hukuman penjara 14 hari.
Muhd Arief Haiqal Emran mengaku melakukan kesalahan itu pada 15 Jun tahun ini, pukul 1.03 petang, di pasar raya Servay, One Borneo Hypermall, Jalan Sulaman.
ADVERTISEMENT
Kesalahan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh didenda jika sabit kesalahan.
Fakta kes yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan menyatakan Arief ditahan oleh pengawal keselamatan selepas perbuatannya mencuri dilihat dalam CCTV.
Inspektor Alia Nuurlysa Adnan yang melakukan pendakwaan memaklumkan mahkamah bahawa minyak sapi bernilai RM141.19 itu ditemui semula dalam keadaan baik.
Tambahnya, Arief kini sedang menjalani hukuman kerana mengambil dadah.
Peguam dilantik Lim, yang mewakili Arief merayu hukuman ringan dan menambah, dia mahu menjalani hukuman tanpa laporan sosialnya disediakan oleh Jabatan Kebajikan.
Lim juga berkata Arief mencuri minyak sapi itu kerana dia mahu menjualnya bagi meringankan beban kewangan yang dihadapi ibu bapanya.
Mahkamah memerintahkan Arief menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap.
Dalam kes berasingan, seorang lelaki didenda RM25 atau penjara tiga hari kerana memainkan muzik kuat di sebuah premis di Penampang.
Paraveen Hackcone Pichara mengaku bersalah melakukan aktiviti hiburan menggunakan peralatan muzik, yang mengakibatkan bunyi muzik yang kuat di Ucak Caf, Pintas Avenue pada 20 Jun, jam 2.05 pagi.
Dia didakwa mengikut Seksyen 8(1) Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil yang memperuntukkan denda RM25 jika sabit kesalahan.
Mahkamah diberitahu oleh pihak pendakwaan bahawa polis Ops Hiburan/Noda menahan Paraveen sebagai penjaga premis kerana menjalankan aktiviti hiburan, memainkan muzik kuat sehingga menimbulkan bunyi bising dan gangguan di kawasan itu.
Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.