Warga Indo maut dibaham buaya
Published on: Friday, September 13, 2024
By:
Azmie Lim, Patimang Abdul Ghani
BUAYA yang ditembak mati di Lahad Datu.
LAHAD DATU: Seorang lelaki warga Indonesia berusia 45 tahun maut dibaham seekor buaya di Sungai Matamba, Khamis.
Rusdi Tambah, seorang pekerja ladang, sedang memancing di tebing sungai apabila kejadian itu berlaku.
ADVERTISEMENT Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.07 pagi dan mengerahkan pasukan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba, buaya itu dikesan kira-kira 50 meter dari lokasi dan mangsa dilihat di dalam mulut buaya itu.
“Jabatan Hidupan Liar melepaskan lima das tembakan ke arah buaya itu, membunuhnya,” kata jabatan.
Mangsa yang disahkan meninggal dunia kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan buaya itu diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar.
ADVERTISEMENT
Operasi tamat pada jam 1.10 petang.
Sementara itu, di KOTA MARUDU, seorang lelaki dikhuatiri dibaham buaya ketika sedang mandi di sungai bersama anak saudaranya di kawasan Kampung Baru, Marudu Darat pada petang Rabu.
ADVERTISEMENT
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Marudu, Penolong Penguasa Bomba, Hasbi Hajat berkata mangsa dikenali sebagai Razis Amat, 35, manakala anak saudaranya berumur 17 tahun terselamat dalam kejadian itu.
Hasbi berkata, lapan anggota bersama sebuah kenderaan utiliti dan sebuah bot dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan menerusi MERS999 pada jam 6.07 petang.
Menurut beliau, operasi mencari dan menyelamat diatur gerak menggunakan sebuah bot aluminium bomba dan sebuah bot penduduk kampung menyusuri sungai.
Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.