Fri, 4 Oct 2024
HEADLINES :


53 kertas kerja seni, budaya dibentang dalam Pastik24
Published on: Saturday, September 14, 2024
Text Size:

53 kertas kerja seni, budaya dibentang dalam Pastik24
ZAIRUL merakamkan gambar bersama beberapa peserta persidangan.
UNIVERSITI Malaysia Sabah (UMS) mengadakan Persidangan Antarabangsa Seni dan Teknologi Kreatif (Pastik 24) menerusi Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (Astif) di Theatrette Ahmad Nisfu bermula Khamis lalu.

Sebanyak 53 kertas kerja yang bertemakan Seni dalam Gagasan Budaya Madani dihimpunkan dalam persidangan yang berlangsung selama dua hari.

Ia merangkumi muzik, penulisan kreatif, perfileman, seni tari, teater dan teknologi seni visual.

Menurut Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor, tema tersebut sangat bertepatan dengan aspirasi negara untuk membina masyarakat yang bukan sahaja maju dari sudut teknologi tetapi juga kaya dengan nilai-nilai seni dan budaya.

“Dalam konteks gagasan madani, seni dan budaya memainkan peranan penting sebagai cerminan identiti dan sebagai medium untuk menyatukan masyarakat.

“Melalui seni, kita mampu merakam dan menyampaikan nilai-nilai kemanusiaan, kerjasama dan keharmonian yang menjadi asas kepada masyarakat yang seimbang dan progresif.

“Di era digital yang serba canggih ini, bagi saya seni itu mampu merubah cara kita berkomunikasi, berkarya, dan berinteraksi,” katanya semasa berucap merasmikan persidangan itu.

Teks ucapan perasmian beliau dibacakan oleh Dekan Astif, Profesor Madya Dr. Zairul Anwar Md Dawam.

Tambahnya, persidangan tersebut akan menjadi medan perbincangan yang subur dan menghasilkan idea-idea yang berimpak tinggi.

“Ini sekali gus mampu mengukuhkan lagi hubungan kita dalam dunia seni dan teknologi kreatif, selain membina jaringan yang kuat di antara kita untuk terus memajukan seni dan budaya dalam kerangka madani, yang akhirnya akan memperkukuhkan kedudukan kita di persada antarabangsa,” katanya.

Turut hadir Pengerusi Pastik24 Profesor Madya Dr. Sim Chee Cheang; Profesor Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM Shah Alam, Profesor Dr. Mohd Kipli Abdul Rahman; dan Profesor Madya Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Profesor Madya Dr. Norhayati Ab Rahman.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here