Ella membuat penampilan sulungnya di Kunak dengan lagu pembukaan Permata Biru. (Gambar: Harian Ekspres/Ibrahim Tabir)
KUNAK: Dianggarkan lebih 60,000 pengunjung membanjiri padang Pekan Kunak sempena Festival Gema Budaya yang turut menampilkan artis jemputan ratu rock tanahair Ella pada hari ketiga program itu yang berlangsung pada malam Sabtu.
Ella membuat penampilan sulungnya di Kunak dengan lagu pembukaan Permata Biru disusuli lagu Dua Insan Bercinta, Sepi Sekuntum Mawar Merah, Pengemis Cinta, Kesal dan lagu Gemilang sebagai penutup tirai persembahannya pada malam itu.
ADVERTISEMENT
Pemuzik Treast Band mengiringi persembahan Ella yang sebelumnya dihiburkan oleh penyanyi tempatan dan pertunjukan tarian kebudayaan pelbagai etnik di Sabah.
Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.