Pearly-Thinaah juara terbuka Hong Kong 2024
Published on: Sunday, September 15, 2024
Beregu wanita utama, Pearly Tan-M Thinaah, menamatkan kemarau kemenangan apabila meraih gelaran juara Terbuka Hong Kong 2024. (Gambar Bernama)
Kuala Lumpur: Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah, hanya memerlukan 38 minit sebelum mengesahkan gelaran Terbuka Hong Kong 2024 di Hong Kong Coliseum, Kowloon.
Ia merupakan kejuaraan pertama gandingan negara pada musim ini, selepas mengecewakan pasangan di ranking ketiga dunia, Liu Sheng Shu-Tan Ning dari China 21-14, 21-14.
ADVERTISEMENT Pada aksi final, Pearly-Thinaah yang menghuni ranking kelapan dunia turun dengan corak permainan lebih agresif hingga lawan mereka nampak buntu dan melakukan banyak kesilapan mudah.
Kejayaan ini sekali gus menamatkan kemarau kemenangan pasangan negara di Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang kali terakhir diperoleh dua tahun lepas.
Untuk rekod, kali terakhir Pearly-Thinaah meraih gelaran juara ialah pada Terbuka Perancis 2022.
Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
ADVERTISEMENT
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.