Sun, 13 Oct 2024
HEADLINES :


Pembayaran interim iktiraf hak 40 peratus Sabah
Published on: Sunday, September 15, 2024
Text Size:

Pembayaran interim iktiraf hak 40 peratus Sabah
Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) Datuk Ewon Benedick
PENAMPANG: Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) Datuk Ewon Benedick berkata, pembayaran khas interim untuk Sabah dan Sarawak daripada RM300 juta tahun ini kepada RM600 juta mulai tahun depan, merupakan satu pengiktirafan kepada tuntutan hak 40 peratus Sabah.

Sambil mengalu-alukan penambahan pembayaran interim itu, Ewon yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas keputusan itu.

“Ini merupakan satu bentuk perakuan kepada hak 40 peratus Sabah seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Dengan adanya perakuan atau pelaksanaan pembayaran interim, kita (kerajaan) sudah mengiktiraf hak itu dalam perlembagaan, dan seterusnya ialah perbincangan berterusan antara kerajaan Sabah dan Kerajaan Persekutuan

“Saya percaya kerajaan yang ada pada hari ini membuka ruang seluas-luasnya kepada perbincangan ke atas isu ini.

“Saya berada di kerajaan sebelum ini, saya tidak nampak perbincangan itu seluas seperti ini (kerajaan sekarang). 

“Saya ingin mengesahkan bahawa hampir setiap minggu perkara berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dibincangkan di Kabinet Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan kunjungan bersama Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil kepada bekas Ketua Biro NSTP Roy Goh, di Kg Dabak di sini, Sabtu.

Ewon yang juga Ahli Parlimen Penampang berkata, perkara lain yang belum dimuktamadkan melibatkan mekanisma yang perlu dibincang dan dipersetujui bersama Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

“Sebagai rakan pimpinan daripada Sabah, saya ingin menyumbang ke arah pemuktamadan mekanisma yang akan dibincangkan.

“Seperti yang kita maklum, Kerajaan Sabah hanya mengemukakan tuntutan secara rasmi pada 18 Jun lalu dan saya fikir dalam tempoh ini akan ada perbincangan sama ada di peringkat Jawatankuasa Kerja atau diangkat ke Majlis Khas Tindakan Pelaksanaan MA63.

“Bagi perkara yang tidak dapat dimuktamadkan di Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63, akan dibincangkan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim), Premier Sarawak (Tan Sri Abang Johari Tun Openg) dan Ketua Menteri Sabah (Datuk Hajiji Haji Noor) iaitu tiga pemimpin yang menganggotai peringkat teratas.

“Perbincangan ini sesuatu yang sangat menggalakkan dan satu perkembangan baik susulan daripada tuntutan ke atas hak 40 peratus Sabah,” katanya. 

Ketika ditanya sama ada perkara yang belum dimuktamadkan diberikan jangka masa, Ewon berkata: “Kita tidak tetapkan jangka masa untuk mana-mana perkara yang belum mencapai kata persetujuan, dengan itu membuka ruang perbincangan lebih luas antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri”.

Beliau berkata, semakin banyak perbincangan mengenai perkara-perkara yang belum dimuktamadkan, semakin baik.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here