PENAMPANG: Berhadapan bencana banjir dalam keadaan pergerakan yang agak terbatas akibat diserang penyakit strok enam tahun lalu memberi bebanan besar buat bekas Ketua Biro New Straits Times (NST) Sabah, Roy Goh.
Maka, keprihatinan ramai pihak termasuk Tabung Kasih@Hawana dalam membantu insan yang kurang bernasib baik sepertinya amat dihargai.
Roy berkata, beliau amat menghargai kunjungan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick dalam menyampaikan bantuan melalui tabung berkenaan.