Dua ekor buaya berkenaan telah diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar, kata jabatan bomba. (Gambar bomba)
KOTA MARUDU: Dua ekor buaya ditangkap selepas diumpan oleh pasukan mencari dan menyelamat pada Ahad susulan seorang lelaki dilaporkan hilang dipercayai dibaham buaya di Kampung Marudu Darat, Jalan Ranau-Ranau, dekat sini, Khamis lalu.
Bagaimanapun, sehingga kini, hari kelima, mangsa yang dikenali sebagai Razis bin Amat, 35, masih belum ditemukan, manakala dua ekor buaya berkenaan telah diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar, kata jabatan bomba.
Advertisement
Pada Khamis, pihak bomba terima laporan kecemasan terdapat seorang mangsa dikhuatiri dibaham buaya ketika sedang melakukan aktiviti mandi sungai bersama anak saudaranya di Kampung Baru, Marudu Laut, dekat sini.
Stay up-to-date by following Daily Express's Telegram channel.
Daily Express Malaysia