Bumbung Balai Polis Tenom musnah diterbangkan angin kencang lebih kurang jam 4.00 petang pada Selasa. Ketua Polis Daerah Temom DSP Ediansah Edal yang mengesahkan kejadian itu berkata, beliau telah menerima maklumat dari Ketua Balai Polis Tenom SI Jobea Anak Sitey memaklumkan berlaku kejadian angin kencang menyebabkan bumbung Balai Polis Tenom diterbangkan angin.
Katanya, Pegawai dan anggota Balai Polis Tenom berada di lokasi kejadian bagi tujuan pemantauan dan kawalan keselamatan.Advertisement