Exco Agama Islam Sabah, Datuk Dr. Ariffin Arif, berkata siasatan terperinci akan dilaksanakan. (Gambar AFP)
MEMBAKUT: Keputusan Jawatankuasa Fatwa Lajna Negeri Sabah (JFLNS) mengenai akidah ahli Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) yang terpalit pelbagai kontroversi ketika ini akan diumumkan awal Oktober depan.
Exco Agama Islam Sabah, Datuk Dr. Ariffin Arif, berkata siasatan terperinci akan dilaksanakan bagi mengenalpasti fahaman GISBH yang didakwa mempunyai kaitan dengan akidah Al-Arqam yang telah diharamkan kerajaan.
ADVERTISEMENT
"Saya sudah minta Pejabat Mufti, JFLNS untuk meneliti dan membuat ketetapan (keputusan tentang akidah GISBH) dan awal Oktober depan mereka akan bermesyuarat, memutuskan hukum tentang perkara ini...organisasi ini."
Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.