KPDN Cawangan Tawau membuat pemeriksaan di salah satu premis pengeluar telur di daerah ini, pada Rabu.
TAWAU: Ketiadaan bekalan telur klasik di premis perniagaan, termasuk pasaraya tertentu di daerah ini berlaku susulan tiada penghantaran dibuat oleh pembekal telur kerana premis masih bercuti.
Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Tawau, Sam Aminuddin berkata, pihaknya dimaklumkan tiada penghantaran dibuat ke peringkat runcit kerana premis masih bercuti (Hari Malaysia).
Advertisement
Bagaimanapun, katanya, pihaknya sudah mengarahkan penghantaran bekalan oleh pembekal telur ke semua premis berkenaan pada Rabu, agar sumber protein itu sampai kepada pengguna.
Menurutnya, hasil pemeriksaan di empat pembekal telur utama di daerah ini, mendapati 453, 000 biji telur klasik (15, 100 tray) daripada dua pembekal diedarkan kepada premis perniagaan.
SPONSORED CONTENT
Enjoy a taste of Malaysia, everyday with Ayam Brand™ local pastes
SHAH ALAM: Fact: Every time Malaysians travel abroad, we almost immediately miss the taste of home. You don’t need to be homesick to celebrate Malaysia’s rich culinary heritage when you can savor the authentic taste of Malaysia in your own home with Ayam Brand™ cooking pastes.
Manakala, maklumat daripada dua lagi pembekal belum diperoleh, memandangkan salah satunya mendapat bekalan telur dari Kota Kinabalu serta tiada stok disimpan di Tawau.
Sam berkata demikian ketika dihubungi Daily Express berhubung keluhan masyarakat yang sukar memperoleh telur klasik apabila pasaraya hanya menjual telur omega.
Awal bulan ini, keluhan sama turut disuarakan pengguna kerana harga telur omega lebih mahal berbanding telur klasik.
Menurutnya, terdapat empat pengeluar untuk membekalkan telur ayam pelbagai gred dan gred omega ke kawasan Tawau, Kalabakan, Semporna dan Lahad Datu.
33 Katanya, KPDN Cawangan Tawau sentiasa mengambil tindakan pemantauan, pemeriksaan dan perjumpaan dari peringkat pengeluar, pemborong hingga peringkat runcit bagi memastikan bekalan telur ayam pelbagai gred sentiasa ada dalam pasaran.
“Hasil pemeriksaan yang dilakukan ke atas dua pengeluar utama telur ayam di daerah Tawau pada awal bulan ini, mendapati bekalan adalah mencukupi.
“Produktiviti dan pengeluaran telur secara harian adalah mencukupi sebanyak lebih kurang 24,000 tray (720, 000 biji) sehari bagi telur pelbagai gred, manakala sebanyak lebih kurang 4, 250 tray (127,500 biji) bagi telur jenis omega,” katanya.
Dalam pada itu, katanya, pegawai penguatkuasa Cawangan Tawau membuat pemantauan dan pemeriksaan di peringkat pengeluar, pemborong dan runcit setiap hari dalam pelaksanaan Penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam (PHMATA).
“Kita turut mengambil tindakan ke atas pemborong dan peruncit telur ayam sekiranya melanggar undang-undang di bawah Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan 2011.
“Bagaimanapun, berdasarkan pemeriksaan dan pemantauan premis yang dijalankan di beberapa pengeluar yang membekalkan telur ayam pelbagai gred dan gred omega mendapati tiada berlaku aktiviti menyorok bekalan telur ayam,” katanya.
Sam berkata, pelaksanaan PHMATA bertujuan untuk memastikan kestabilan harga dan bekalan telur pelbagai gred di seluruh peringkat rantaian.
Antara objektifnya adalah membolehkan kawalan harga dilakukan ke atas barangan harga terkawal bagi semua peringkat iaitu pengeluar, pemborong dan peruncitan;
Memastikan pematuhan undang-undang dipraktik oleh setiap peniaga; pemantauan ke atas keberadaan inventori stok peringkat borong dan memastikan tiada isu pembelian bersyarat keatas telur ayam pelbagai gred dan telur ayam jenis omega.