Tue, 15 Oct 2024
Headlines:
No Ads
Mayul, Hui Lian juara Kejohanan Kecergasan Borneo Pangazou
Published on: Thursday, September 19, 2024
Published on: Thu, Sep 19, 2024
By: GL Oh
Text Size:
Share this story
Mayul, Hui Lian juara Kejohanan Kecergasan Borneo Pangazou
PARA peserta Borneo Pangazou tahun ini.
Kota Kinabalu: Mayul dari Brunei dan Hui Lian Chiew dari Malaysia muncul juara dalam kejohanan kecergasan fungsi Borneo Pangazou yang diadakan di Kompleks Sukan Kota Kinabalu pada hujung minggu.

Mayul merangkul gelaran lelaki manakala gelaran wanita menjadi milik Hui Lian dan kedua-duanya membawa pulang wang tunai RM2,000, senapang urut Beoka yang diidamkan, baucar keluaran standard, dan pilihan barangan tempatan.

Advertisement
Gelaran berpasukan pula dimenangi oleh Pasukan JENS dari Malaysia. Mereka membawa pulang wang tunai kemenangan RM4,000, baucar keluaran standard dan peralatan Xpodium eksklusif.

Pengarah acara Timothy Cheng dalam satu kenyataan berkata hanya 150 atlet terbaik daripada jumlah keseluruhan 400 pada permulaan berjaya melepasi pusingan kelayakan dan ke peringkat akhir.

SPONSORED CONTENT
The Logg Luyang Honored with Integrated Development Excellence Award at SHAREDA 2024
The Logg Luyang Honored with Integrated Development Excellence Award at SHAREDA 2024
Kota Kinabalu: Kota Kinabalu, 30th September 2024 – The Logg, a premier development by K.T.I Sdn Bhd, a wholly owned subsidiary of KTI Landmark Berhad., has been awarded the prestigious Integrated Development Excellence Award at the 2024 SHAREDA (Sabah Housing and Real Estate Developers Association) event.
Para pesaing termasuk beberapa dari China, Filipina, Brunei, dan Thailand telah diuji sepenuhnya sepanjang tujuh latihan yang diketuai oleh jurulatih kecergasan tempatan terkenal Hadie Affendie.

Hari pembukaan menyaksikan gabungan pull-ups, squats dan tekan-tubi, diikuti dengan larian 2 km mengelilingi tasik di Kompleks Sukan Kota Kinabalu.

Advertisement
They have to power through weightlifting movements like snatches, clean and jerks, deadlifts, and thrusters, and mastered gymnastics feats like ring muscle-ups, handstand walks, and rope climbs completed with burpees.

 Dua hari terakhir menampilkan latihan untuk menguji kekuatan dan ketahanan atlet. Mereka perlu melalui gerakan ala angkat berat seperti snatch, clean & jerks,

Advertisement
deadlift dan thrusters, menguasai gerakan ala gimnastik seperti gegelung muscle-ups, berjalan menggunakan tangan dan memanjat tali dilengkapi dengan burpees.

Acara tahun ini adalah kerjasama yang diketuai oleh Persatuan Ortopedik Sandakan dengan PX5 Functional Gym, Garage Gym dan Poliklinik Olidas yang disokong oleh aplikasi pemarkahan Circle21.

Pihak penganjur juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua juri, sukarelawan dan penaja atas sokongan mereka.

Majlis penutupan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sabah Julinus Jimit yang turut menyampaikan semua hadiah.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2024 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here