Fri, 28 Mar 2025
Headlines:
Fokus ekosistem sukan
Published on: Thursday, September 19, 2024
Published on: Thu, Sep 19, 2024
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Fokus ekosistem sukan
Hajiji berharap penganjuran Kejohanan MSS Sabah ini dapat mengukuhkan tali silaturahim sesama atlet disamping menunjukkan semangat persaingan yang sihat. 
SAN FRANCISCO: Kerajaan sentiasa cakna terhadap pembangunan belia dan ekosistem pembangunan sukan di negeri Sabah. 

Sehubungan dengan itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerajaan negeri telah memperuntukkan bajet yang besar khusus untuk pembangunan sukan. 

Advertisement
“Ini termasuklah peningkatan kemudahan sukan, sokongan kepada program-program latihan dan bakat-bakat muda. 

“Peruntukan ini adalah satu pelaburan jangka panjang yang akan memastikan negeri Sabah terus melahirkan atlet-atlet antarabangsa. 

SPONSORED CONTENT
This event coincides with its proposed listing on the Main Market of Bursa Malaysia Securities Berhad ("Bursa Securities"), scheduled for 30 April 2025.
“Ini adalah bukti komitmen kerajaan dalam memastikan bidang sukan terus berkembang maju di negeri Sabah,” katanya. 

Ucapannya disampaikan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam semasa perasmian pembukaan Majlis Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah (MSS) Sabah 2024 di Kompleks Sukan Sibuga, pada Selasa petang. 

Advertisement
MSS Sabah 2024 yang berlangsung dari 17 hingga 22 September itu disertai lebih 1,000 atlet yang terdiri daripada 24 Kontinjen MSS Daerah. 

Dalam pada itu, Hajiji turut memuji peranan guru dan jurulatih dalam kejohonan MSS Sabah yang menjadi tulang belakang kejayaan para atlet khususnya dalam menlahirkan bakat baharu dan menggilap potensi atlet muda. 

Advertisement
“Kejayaan Kontinjen Sabah di Sukan Malaysia (Sukma) baru-baru ini yang meraih 29 pingat emas, 36 perak dan 55 gangsa sudah pasti bukan sahaja usaha atlet itu semata-mata.

“Sebaliknya peranan semua pihak termasuklah jurulatih, ibu bapa, pihak sekolah, masyarakat, pihak swasta dan juga usaha pihak kerajaan dibawah Kementerian Belia dan Sukan Sabah,” katanya lagi. 

Justeru, Hajiji berharap penganjuran Kejohanan MSS Sabah ini dapat mengukuhkan tali silaturahim sesama atlet disamping menunjukkan semangat persaingan yang sihat. 
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here