Bukti aura Ratu Rock: 60,000 pengunjung membanjiri padang Pekan Kunak
Published on: Friday, September 20, 2024
By: Ibrahim Tabir
ELLA ketika membuat persembahan pada festival itu – Foto Aswin Rahman
KUNAK: KIRA-KIRA 60,000 pengunjung membanjiri padang Pekan Kunak sempena Festival Gema Budaya yang turut menampilkan Ratu Rock Ella, baru-baru ini.
Ella membuat penampilan sulungnya di Kunak dengan lagu pembukaan Permata Biru disusuli Dua Insan Bercinta, Sepi Sekuntum Mawar Merah, Pengemis Cinta, Kesal dan lagu Gemilang sebagai penutup tirai persembahannya.
ADVERTISEMENT Ratu rock tanah air itu hadir pada malam ketiga Festival Gema Budaya Kunak yang diadakan dari 12 hingga 16 September lepas.
Pemuzik Treast Band mengiringi persembahan Ella. Terdahulu, pengunjung dihiburkan oleh penyanyi tempatan dan pertunjukan tarian kebudayaan pelbagai etnik di Sabah.
Walaupun Ella agak lewat naik ke pentas, pengunjung tidak berganjak dari tempat duduk mereka semata-mata mahu melihat secara langsung persembahan Ella yang julung kali mengadakan persembahan di Kunak.
“Enam lagu yang dibawakan Ella sangat padu dan dia masih bertenaga di atas pentas secara langsung, kami sangat terhibur…
ORANG ramai yang membanjiri padang Pekan Kunak pada malam itu.
ADVERTISEMENT
“Terima kasih juga kepada penganjur yang membawa Ella ke Kunak,” kata Hervina, seorang pengunjung yang meminati ratu rock itu sejak awal penglibatannya dalam industri seni tanah air.
Orang ramai juga berpeluang merakamkan gambar apabila penyanyi itu menaiki kenderaan khas yang membawanya masuk ke dalam kawasan padang untuk ke pentas yang tersedia.
ADVERTISEMENT
Kawalan anggota penguatkuasa dilakukan bagi memastikan aspek keselamatan terjamin.
Selain Ella, artis jemputan termasuk Iskandar Dzulkarnain vokalis Projector Band, dan Ijam Majid turut membuat persembahan mereka pada hari terakhir festival itu.
Festival Gema Budaya Kunak (FGBK) dianjurkan oleh Ruass Entertainment dan Treast Band Studio dengan kerjasama Majlis Daerah Kunak.
Program itu turut diisi dengan beberapa aktiviti termasuk pertandingan nyanyian, peragaan busana etnik, persembahan artis tempatan, masakan tradisi, pameran, gerai jualan, dan Soopa Doopa, antaranya.
Pengunjung yang datang termasuk daripada Kunak, Tawau, Semporna, Lahad Datu, Sandakan dan Kota Kinabalu.
Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.