Majlis Fatwa Sabah siasat isu akidah GISBH, umum Oktober
Published on: Friday, September 20, 2024
By: Iskandar Dzulkifli
Ariffin yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, Majlis Fatwa Negeri Sabah beberapa tahun sebelumnya pernah mengharamkan jemaah Syarikat Rufaqa’ Corporation Sdn Bhd milik Al-Arqam.
MEMBAKUT: Keputusan Jawatankuasa Fatwa Lajna Negeri Sabah (JFLNS) mengenai akidah ahli Syarikat Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) yang terpalit pelbagai kontroversi, akan diumumkan awal Oktober depan.
Exco Agama Islam Sabah, Datuk Dr Ariffin Arif berkata, siasatan terperinci akan dilaksanakan bagi mengenalpasti fahaman GISBH yang didakwa mempunyai kaitan dengan akidah Al-Arqam yang telah diharamkan kerajaan.
ADVERTISEMENT “Saya sudah minta Pejabat Mufti, JFLNS untuk meneliti dan membuat ketetapan (keputusan tentang akidah GISBH) dan awal Oktober depan mereka akan bermesyuarat, memutuskan hukum tentang perkara ini..organisasi ini.
“Sekiranya sama seperti Rufaqa’ (syarikat milik Al-Arqam yang telah diharamkan), (maka) samalah yang akan diputuskan (GISBH haram) sebelum ini,” katanya ketika ditemui di Ceramah Perdana Ustaz Abdul Somad, di sini, Rabu lepas.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan pihak berkuasa agama Islam di Sabah mengenai GISBH yang difahamkan turut beroperasi di wilayah ini melalui pelbagai bidang perniagaan.
Ariffin yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, Majlis Fatwa Negeri Sabah beberapa tahun sebelumnya pernah mengharamkan jemaah Syarikat Rufaqa’ Corporation Sdn Bhd milik Al-Arqam.
ADVERTISEMENT
Menurutnya, beliau sendiri mengumumkan keputusan berkenaan ketika itu dan akan mengulangi tindakan sama dalam keputusan membabitkan jemaah GISBH Oktober depan.
“Kita sudah pernah haramkan Rufaqa’, kalau saya tidak silap pada 2014 dan dulu saya sendiri umumkan pengharaman Rufaqa’ ini.
ADVERTISEMENT
“Selesai saja mesyuarat nanti (mengenai GISBH Oktober depan), Mufti akan maklumkan kepada kita dan (seterusnya) kerajaan akan memaklumkan kepada masyarakat,” tegasnya.
Dilaporkan, GISBH turut disiasat pihak berkuasa atas beberapa dakwaan, antaranya isu eksploitasi kanak-kanak membabitkan premis pusat jagaan milik syarikat itu.
Syarikat itu juga didakwa mempunyai kaitan dengan organisasi Al-Arqam yang diasaskan pemimpinnya, Ustaz Ashaari Muhamad dan diharamkan kerajaan sejak 2000.
Selain Sabah, GISBH yang dipimpin Datuk Nasiruddin Mohd Ali sebagai Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, turut memiliki pelbagai rangkaian perniagaan di seluruh negara.
Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.