Hajiji berkata jumlah kemasukan pelawat asing dari empat negara ini dijangka akan terus meningkat menjelang akhir tahun ini.
Kota Kinabalu: Sabah mencatatkan kemasukan pelawat asing tertinggi dari empat negara iaitu China, Brunei, Indonesia dan Filipina tahun ini seramai 586,501 orang setakat Ogos, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Hajiji berkata jumlah kemasukan pelawat asing dari empat negara ini dijangka akan terus meningkat menjelang akhir tahun ini.
Advertisement
“Berdasarkan statistik daripada Jabatan Imigresen Sabah, kemasukan pelawat asing ke negeri ini dalam tempoh lima tahun iaitu 2020 sehingga Ogos 2024, jelas menunjukkan peningkatan drastik, terutamanya dari China, Brunei, Indonesia dan Filipina.
“Mengambil kira rekod itu, sebagai contoh untuk tempoh sepanjang 2023 sahaja, jumlah kemasukan pelawat asing ke Sabah dari empat negara berkenaan adalah seramai 427,077 orang.
SPONSORED CONTENT
Enjoy a taste of Malaysia, everyday with Ayam Brand™ local pastes
SHAH ALAM: Fact: Every time Malaysians travel abroad, we almost immediately miss the taste of home. You don’t need to be homesick to celebrate Malaysia’s rich culinary heritage when you can savor the authentic taste of Malaysia in your own home with Ayam Brand™ cooking pastes.
“Peningkatan ini adalah sesuatu yang sangat positif, khususnya dalam membantu pertumbuhan ekonomi negeri ini.
Saya juga berharap jumlah kemasukan pelawat asing dari -negara lain akan turut meningkat,” katanya sempena Majlis Apresiasi Serumpun Kasih Seluhur Budi Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, Rabu.
Beliau berkata, sistem tadbir urus dan kerjasama baik antara Kerajaan Negeri dan Jabatan Imigresen Sabah dalam pengurusan imigresen efisien telah memudahkan kemasukan pelawat, termasuk pelabur asing.
“Dengan menyediakan proses kemasukan dan permohonan pas yang mudah dan teratur, ia jelas menunjukkan komitmen kerajaan untuk mewujudkan persekitaran perniagaan yang mesra dan kondusif, selain menarik lebih ramai pelawat atau pelancong.
“Ia seterusnya membina keyakinan pelabur terhadap keupayaan Sabah dalam menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan,” katanya.
Katanya, sebagai sebuah negeri yang berkembang maju, adalah penting untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti penyampaian perkhidmatan dalam kalangan warga Jabatan Imigresen Sabah.
“Oleh itu, saya mahu semua warga Jabatan Imigresen negeri terus memberikan perkhidmatan yang cekap, mesra, berintegriti dan profesional. Rakyat hari ini mempunyai pelbagai kehendak yang perlu disantuni dengan sebaiknya,” katanya.
Katanya, Sabah yang berkeluasan lebih 72,000 kilometer persegi sudah pasti memberi cabaran kepada Jabatan Imigresen Negeri dalam menguruskan kemasukan pelancong dan warga asing.
“Justeru, komitmen semua pegawai dan warga Jabatan Imigresen Negeri yang melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, khususnya dalam mengawal selia 11 pintu masuk di Sabah, amat dihargai.
“Dalam pada itu, kedudukan Sabah yang bersempadan dengan beberapa negara jiran termasuk Nusantara, Ibu Kota Nusantara Indonesia, sekali gus memerlukan aspek keselamatan rentas sempadan dipertingkatkan di sempadan negeri ini dan Kalimantan, Indonesia,” katanya.
Katanya, Kerajaan Negeri telah meluluskan pembinaan dua kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Sabah iaitu di ICQS Bantul dan ICQS Serudong, pada tahun lalu.
“Hasil usaha kerjasama antara Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Sabah, projek pembangunan di ICQS itu kini sedang dilaksanakan dalam merealisasikan hasrat pembukaan pintu sempadan antarabangsa darat yang pertama di Sabah,” katanya.