Sun, 15 Jun 2025
Headlines:
Inovasi, tanggungjawab sosial penting majukan industri koko negara
Published on: Tuesday, March 18, 2025
Published on: Tue, Mar 18, 2025
By: Jonathan Nicholas
Text Size:
Text:
Inovasi, tanggungjawab sosial penting majukan industri koko negara
Matbali (empat kanan) menerima sumbangan untuk kanak-kanak kurang berkemampuan di Sipitang daripada Ramle.
Kota Kinabalu: Pengerusi Lembaga Koko Malaysia (LKM) Datuk Matbali Musah, menekankan kepentingan inovasi dan tanggungjawab sosial dalam memajukan industri koko negara.  

Berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan LKM dan Iftar 2025 di sini pada Sabtu, beliau menegaskan peranan kerjasama dan kepimpinan yang kukuh dalam memastikan pertumbuhan sektor ini secara mampan.  

Advertisement
“Saya percaya dengan semangat kerja berpasukan antara ahli lembaga, pengurusan LKM dan kakitangan, serta pemikiran inovatif, LKM akan terus maju dan mencapai kejayaan lebih besar,” kata Matbali.

Beliau turut mengumumkan pelantikan Ahli Lembaga Pengarah baharu bagi penggal 2025-2027 serta merakamkan penghargaan kepada ahli yang tamat tempoh perkhidmatan atas sumbangan mereka kepada industri.  

SPONSORED CONTENT
This two-day event promises an immersive experience with strategic keynotes, interactive fireside chats, and VIP networking sessions and more!
Matbali turut menegaskan komitmen LKM terhadap kebajikan masyarakat dengan mengumumkan bahawa lembaga itu menerima RM41,021 dalam Wakalah Zakat Agihan Sendiri untuk 2024.  

Ia diperuntukkan untuk pelbagai penerima manfaat, termasuk untuk kerja-kerja menaik taraf Surau Kampung Simpangan di Ranau, bantuan kewangan kepada kakitangan LKM yang menghidap penyakit kronik, bantuan kepada pekerja yang terlibat dalam kemalangan serta bayaran elaun kepada imam dan ahli jawatankuasa Masjid Al-Hidayah PPPK Madai.  

Advertisement
Untuk 2025, sebahagian dana zakat itu akan disalurkan kepada golongan asnaf di kawasan Parlimen Sipitang serta anak-anak yatim di Rumah Amal Kasih, di sini.

Dalam pada itu, Matbali turut menekankan kepentingan Pameran Koko Antarabangsa Malaysia (MICF) 2025, yang bakal menjadi platform utama untuk menarik pelaburan global dan menggalakkan inovasi dalam sektor koko.  

Advertisement
“MICF 2025 menyediakan peluang untuk memperkukuh hubungan dengan pelabur antarabangsa serta membuka lebih banyak ruang bagi pertumbuhan dan inovasi dalam industri koko,” katanya.  

Program ini akan berlangsung dari 25 hingga 27 Mei di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) dan bakal disertai oleh lebih 30 negara.  

Beliau turut menghargai sokongan daripada kerajaan negeri serta Kementerian Perladangan dan Komoditi, yang telah menyumbangkan dana bagi menjayakan acara tersebut.  

Turut hadir, Ketua Pengarah LKM Datuk Dr Ramle Kasin, yang menegaskan komitmen berterusan LKM dalam memperkasakan industri koko Malaysia.  

Sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporatnya, LKM turut menyampaikan duit raya kepada anak-anak yatim, diikuti dengan iftar serta solat Maghrib, Isyak dan Tarawih secara berjemaah.  
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here