Sun, 15 Jun 2025
Headlines:
Didenda RM25 kerana ugut teman wanita 
Published on: Friday, April 18, 2025
Published on: Fri, Apr 18, 2025
By: Esther Glorie Leow
Text Size:
Text:
Didenda RM25 kerana ugut teman wanita 
Kesalahan di bawah Seksyen 22A(1) Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil itu memperuntukkan denda RM100 atau penjara sehingga tiga bulan, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 30 tahun didenda RM25 atau tiga hari penjara kerana mengugut untuk mencederakan teman wanitanya.

Razi Jess mengaku bersalah di hadapan Majistret Marilyn Kelvin pada Khamis kerana mengugut dan menyebabkan kecederaan terhadap Parhanah, 28, di tepi jalan Hospital Queen Elizabeth I, di sini, pada 10 April tahun ini, jam 10.20 malam.

Advertisement
Kesalahan t di bawah Seksyen 8(1)(e) Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil Sabah itu memperuntukkan denda RM25, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan, teman wanita Razi berang dan menampar Razi, yang membawa kepada tindakan Razi menampar, menendang dan mengugut teman wanitanya dengan kata-kata, “Saya tak peduli kalau kau mati, mati sajalah”.

SPONSORED CONTENT
This two-day event promises an immersive experience with strategic keynotes, interactive fireside chats, and VIP networking sessions and more!
Sementara itu, seorang lelaki didenda RM100 atau penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda kerana gagal memberikan penjelasan memuaskan terhadap pemilikan dua guni putih yang mengandungi pelbagai jenis besi buruk yang dipercayai dicuri.

Eric David mengaku bersalah terhadap kesalahan itu di tapak pembinaan Wong Kwok, Menggatal, di sini pada 10 April, jam 8.40 pagi.

Advertisement
Kesalahan di bawah Seksyen 22A(1) Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil itu memperuntukkan denda RM100 atau penjara sehingga tiga bulan, jika sabit kesalahan.

Fakta kes menyatakan bahawa pengadu telah melihat dua lelaki, salah seorang daripadanya Eric, membawa dua guni di tepi sungai berhampiran tapak tersebut.

Advertisement
Pengadu kemudiannya menghubungi pihak polis untuk mendapatkan bantuan bagi mengesan Eric yang dipercayai mencuri barangan terbabit.

Inspektor Yusdi Basri mengendalikan pendakwaan.  
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here