Mon, 12 May 2025
Headlines:
Saman cabar TSA 2012: Sabar diberi kebenaran fail dokumen tambahan
Published on: Saturday, May 10, 2025
Published on: Sat, May 10, 2025
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Saman cabar TSA 2012: Sabar diberi kebenaran fail dokumen tambahan
Pada September 2023, saman pemula difailkan oleh Pengerusi Sabar, Datuk Dr Johan Arriffin Samad, bagi mempertikai kesahihan TSA yang mengehadkan sempadan maritim Negeri Sabah kepada hanya tiga batu nautika, dengan Kerajaan Persekutuan Malaysia dinamakan sebagai satu-satunya defendan.
Kota Kinabalu: Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat memberi kebenaran kepada Sabah Action Body Advocating Rights' (Sabar) untuk mengemukakan dokumen tambahan dalam tindakan mereka mencabar Akta Laut Wilayah (TSA) 2012.

Hakim Alexander Siew How Wai dalam keputusannya membenarkan permohonan plaintif untuk mendapatkan kebenaran mengemukakan 500 halaman dokumen tambahan daripada arkib British berkaitan surat-menyurat Pejabat Kolonial yang membawa kepada dan selepas North Borneo Order in Council (Alteration of Boundaries) 1954 dan North Borneo Order in Council (Definition of Boundaries) 1958.

Advertisement
Pada September 2023, saman pemula difailkan oleh Pengerusi Sabar, Datuk Dr Johan Arriffin Samad, bagi mempertikai kesahihan TSA yang mengehadkan sempadan maritim Negeri Sabah kepada hanya tiga batu nautika, dengan Kerajaan Persekutuan Malaysia dinamakan sebagai satu-satunya defendan.

Plaintif turut memohon deklarasi bahawa: 
  • Akta Pelantar Benua 1966 dan Akta Perlombongan Petroleum 1966 tidak terpakai, tidak berperlembagaan, tidak sah dan terbatal di wilayah Sabah selepas 19 Jun 2012;
  • Wilayah Sabah selepas pembatalan Pengisytiharan Darurat 1969 pada 19 Jun 2012 merangkumi pelantar benua di bawah North Borneo (Alteration of Boundaries) Order in Council 1954;
  • Ordinan Perlombongan 1960 adalah sah dan terpakai di Sabah selepas 19 Jun 2012;
  • Seksyen 3(3) Akta Laut Wilayah 2012 yang mengehadkan perairan wilayah Sabah kepada tiga batu nautika adalah tidak terpakai, tidak berperlembagaan, tidak sah dan terbatal di Sabah mulai 22 Jun 2012;
  • Perairan wilayah Sabah selepas pembatalan Pengisytiharan Darurat 1969 pada 19 Jun 2012, termasuk 12 batu nautika laut di bawah Convention on Territorial Seas and Contiguous Zone 1958 dan North Borneo (Definition of Boundaries) Order in Council 1958.
  • Plaintif juga memohon kos serta sebarang relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

SPONSORED CONTENT
This event coincides with its proposed listing on the Main Market of Bursa Malaysia Securities Berhad ("Bursa Securities"), scheduled for 30 April 2025.
Terdahulu, semasa prosiding pada Jumaat, peguam defendan memaklumkan kedua-dua pihak bersetuju dan tiada bantahan terhadap permohonan tersebut, serta memohon masa tiga bulan untuk memfailkan afidavit jawapan.

Siew mengarahkan plaintif untuk memfailkan 500 dokumen tersebut selewat-lewatnya pada 23 Mei; defendan memfailkan jawapan dan dokumen lain pada atau sebelum 22 Ogos; dan plaintif memfailkan sebarang jawapan balas pada atau sebelum 22 September.

Advertisement
Hakim menetapkan 3 Oktober untuk sebutan lanjut.

Plaintif diwakili oleh peguam Roland Cheng, manakala Peguam Persekutuan Kanan Shamsul Bolhassan dan Ahmad Hanir Hambaly @ Arwi mewakili pihak defendan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here