Mon, 12 May 2025
Headlines:
Kerbau putih curi tumpuan di Kaamatan Kiulu
Published on: Saturday, May 10, 2025
Published on: Sat, May 10, 2025
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Kerbau putih curi tumpuan di Kaamatan Kiulu
KIULU: Sepasang kerbau putih (gambar) mencuri tumpuan pengunjung semasa Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Tuaran 2025 yang diadakan di Pekan Kiulu pada Selasa lalu. Gerai pameran yang dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah itu menjadi antara lokasi paling mendapat kunjungan ramai sejak seawal jam 7 pagi.

Seorang pengunjung, Walter Samon, 42, berkata ini merupakan kali pertama dia melihat kerbau putih.

Advertisement
“Selain bulunya yang putih, kulit kerbau tersebut berwarna merah jambu dan matanya pula berwarna hitam kemerahan, menjadikan penampilan mereka amat berbeza daripada kerbau biasa yang kita selalu lihat,” katanya.

“Sifat jinaknya juga memudahkan pengunjung untuk membelai dan bergambar bersama,” tambahnya.

SPONSORED CONTENT
This event coincides with its proposed listing on the Main Market of Bursa Malaysia Securities Berhad ("Bursa Securities"), scheduled for 30 April 2025.
Penjawat awam Nursyazlin Baharuddin, 36, yang berasal dari Kedah turut gembira dapat membawa dua anaknya yang berusia 4 dan 7 tahun untuk melihat haiwan tersebut.

“Sejak berkahwin dan menetap di Sabah sembilan tahun lalu, inilah kali pertama keluarga kami menyaksikan kerbau putih.

Advertisement
“Sebelum ini, anak-anak hanya pernah melihat kerbau biasa dari jauh, kerana ia pemandangan biasa berhampiran sawah di kampung kami di Kedah,” katanya.

Pegawai Penyelidik Jabatan Perkhidmatan Veterinar Tuaran, Madsah Laudin, berkata kerbau putih tersebut diternak di ladang jabatan itu di Telupid, dengan baka asalnya diimport dari Australia pada awal 2000-an.

Advertisement
“Ramai menyangka ia albino kerana warnanya, namun sebenarnya ia kerbau putih yang sangat jarang ditemui di negara ini,” jelasnya.

Pesta Kaamatan yang menarik lebih 1,000 pengunjung itu turut menampilkan pelbagai acara menarik, termasuk pertandingan Unduk Ngadau, sukan dan permainan tradisional, masakan tradisi serta persembahan tarian dan nyanyian kebudayaan masyarakat Kadazandusun.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here