Wed, 17 Dec 2025
Headlines:
Wanita hilang ditemui selamat
Published on: Saturday, May 10, 2025
Published on: Sat, May 10, 2025
By: Marutin Ansiung
Text Size:
Text:
Wanita hilang ditemui selamat
ANGGOTA bomba meninjau pondok tempat wanita itu berlindung.
SOOK: Seorang wanita berumur lingkungan 50an yang dikhuatiri hilang di kawasan kebun getah di Kampung Johan Jaya pada petang Khamis, sudah ditemui oleh orang kampung pada pagi Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Balai Sook, PBT II Faisal Bin Ahmad berkata, wanita itu didapati masih berada di kebun dan dijumpai oleh pekebun lain bersama anggota Bomba dan Penyelamat pada jam 7.30 pagi Jumaat.

Advertisement
Katanya, pada Khamis, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian balai pada jam 11 malam Khamis mengenai seorang wanita dikhuatiri hilang di kebun di Kampung Johan Jaya.

“Menurut anak mangsa yang membuat panggilan itu, ibunya telah pergi ke kebun getah menaiki kereta untuk membersihkan kawasan itu sekitar jam 6 pagi.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: A new way of living is on the horizon in Luyang. Astoria, by KTI Group (KTI Landmark Berhad) is now welcoming Astoria, the latest commercial-residential towers within The Logg, an upcoming mixed-use development landmark set to redefine city living in Kota Kinabalu.  .
Kebiasaannya wanita itu akan balik ke rumah sekitar jam 5 petang namun sehingga malam belum balik,” katanya.

Jelasnya, usaha mencari dijalankan oleh orang kampung dijalankan namun mereka hanya menemui kereta wanita itu di kawasan kebun. 

Advertisement
“Sebuah pasukan bergegas ke lokasi kejadian untuk mendapatkan maklumat dan seterusnya menjalankan operasi SAR bersama orang kampung dengan radius 100 meter dari lokasi jentera FRV,” katanya, menambah operasi ditangguhkan pada tengah malam.

Tambahnya, semasa operasi dijalankan, telefon mangsa dapat dihubungi tetapi panggilan tidak disambut.

Advertisement
Sementara itu, Ketua Kampung Johan Jaya Muhidin Mahali percaya wanita itu diganggu “makhluk halus” berdasarkan penjelasan mangsa.

“Semasa kejadian, mangsa mencari sayur pakis di sekitar kebun getah sebelum balik ke rumah, tetapi selepas itu dia tidak menemui keretanya sehingga petang dan gelap,” kata Muhidin.

Jelas Muhidin, mangsa kebetulan terjumpa pondok di kebun lain dan berlindung di situ kerana hari sudah gelap.

Muhidin memberitahu, mangsa memberitahu semasa berlindung di pondok itu, dia melihat cahaya lampu yang mungkin dibawa orang mencarinya, tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa selain tinggal dan tidur di pondok itu sehingga siang.

 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here