Sun, 13 Jul 2025
Headlines:
Warga asing didakwa bunuh jiran di Keningau
Published on: Saturday, July 05, 2025
Published on: Sat, Jul 05, 2025
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Warga asing didakwa bunuh jiran di Keningau
Kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun, serta tidak kurang 12 sebatan bagi pesalah lelaki berumur bawah 50 tahun, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki warga asing berumur 40 tahun meminta dibicarakan di Mahkamah Tinggi di sini, Jumaat, atas pertuduhan membunuh jirannya di Keningau, tahun lalu.

Abdul Razak Amri yang tidak memiliki dokumen sah, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Datuk Celestina Stuel Galid atas pertuduhan membunuh Mohd Yusof Peyong, 58, pada 19 Sept 2024, antara jam 9.30 malam hingga 10.30 malam, di Jalan Lingkudau, Taman Juta, Keningau.

Advertisement
Kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun, serta tidak kurang 12 sebatan bagi pesalah lelaki berumur bawah 50 tahun, jika sabit kesalahan.

Celestina menetapkan 15 Ogos untuk pengurusan kes dan memerintahkan tertuduh direman lanjut.

SPONSORED CONTENT
Featuring over 100 booths it is one of the largest trade and culture showcases ever held in East Malaysia.
Pihak pendakwaan tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh memandangkan pertuduhan terhadapnya merupakan kesalahan tidak boleh dijamin.

Timbalan Pendakwa Raya Lovely Natasha Charles mengendalikan pendakwaan.

Advertisement
Tertuduh diwakili peguam Korventt Wheezar E. Jomiji.

Dalam kes berasingan, seorang lelaki berusia 28 tahun didakwa secara sementara di Mahkamah Majistret atas kesalahan mengedar dadah.

Advertisement
Mohd Wan Awie Abdul Aziz didakwa mengedar 125.06 gram 3,4 Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) pada 19 Jun tahun ini, jam 12.20 tengah malam, di sebuah rumah di Taman BDC, Fasa 2, Jalan Kilang Inanam.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Wan yang tampil di hadapan Majistret Marilyn Kelvin selepas pertuduhan dibacakan kepadanya.

Pertuduhan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 itu memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sekurang-kurangnya 15 sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 19 Ogos untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.

Wan diperintahkan direman lanjut sementara menunggu tarikh itu kerana pertuduhan terhadapnya tidak memperuntukkan ikat jamin.

Inspektor Yusdi Basri melakukan pendakwaan. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here