Sun, 13 Jul 2025
Headlines:
Tipu urusan jual beli tanah: Lelaki didakwa
Published on: Saturday, July 05, 2025
Published on: Sat, Jul 05, 2025
By: Marutin Ansiung
Text Size:
Text:
Tipu urusan jual beli tanah: Lelaki didakwa
Kesalahan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.
KENINGAU: Seorang lelaki berusia 36 tahun didakwa menipu seorang wanita sebanyak RM5,000 dalam urusan jual beli tanah.

Calvin Matius mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Flavian Edward.

Advertisement
Calvin didakwa menipu wanita itu dengan menawarkan harga murah bagi sebidang tanah melalui Facebook, yang menyebabkan mangsa membuat dua transaksi pembayaran kepada Calvin pada jam 10.12 pagi, 10 April lalu, di sebuah restoran di sini.

Pertuduhan menyatakan Calvin telah menawarkan sebidang tanah berstatus NT seluas 0.11 ekar yang terletak di sebuah kampung di sekitar sini pada harga RM25,000 dan dimaklumkan bahawa Calvin bersama seorang individu lain bernama Sudirman merupakan “pemilik” tanah terbabit.

SPONSORED CONTENT
Featuring over 100 booths it is one of the largest trade and culture showcases ever held in East Malaysia.
Kesalahan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 4 Ogos untuk sebutan semula kes dan Calvin dibenarkan diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin tempatan.

Advertisement
Asistan Superintenden Polis (ASP) Daniel Dominic tampil untuk pendakwaan manakala Calvin tidak diwakili peguam.

 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here