Sun, 13 Jul 2025
Headlines:
CBT RM103,000: Kerani minta bicara
Published on: Saturday, July 05, 2025
Published on: Sat, Jul 05, 2025
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
CBT RM103,000: Kerani minta bicara
Kesalahan di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara antara satu hingga 14 tahun, sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang kerani akaun berusia 37 tahun meminta dibicarakan di Mahkamah Sesyen atas tiga pertuduhan melakukan pecah amanah jenayah (CBT) membabitkan sejumlah RM103,351.36.

Brandon Ng Jia Lie membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan tiga Hakim Mahkamah Sesyen, Hurman Hussain, Elsie Primus dan Noor Hafizah Mohd Salim, pada Jumaat.

Advertisement
Bagi pertuduhan pertama, Ng didakwa mengkhianati kepercayaan yang diamanahkan kepadanya sebagai seorang kerani akaun dengan memasukkan dua keping cek berjumlah RM6,462.50 kepunyaan Syarikat Sime Darby Industrial Sdn Bhd ke dalam akaun bank miliknya untuk kegunaan sendiri.

Kesalahan itu didakwa berlaku antara 16 November 2021 dan 31 Disember 2021 di Standard Chartered Bank Malaysia Berhad di sini.

SPONSORED CONTENT
Featuring over 100 booths it is one of the largest trade and culture showcases ever held in East Malaysia.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan pecah amanah jenayah dengan memasukkan lapan keping cek berjumlah RM64,169.26 kepunyaan syarikat sama ke dalam akaun banknya untuk kegunaan sendiri antara 29 Februari 2022 dan 29 Disember 2022 di lokasi sama.

Bagi pertuduhan ketiga, Ng dituduh melakukan kesalahan sama dengan memasukkan lima keping cek berjumlah RM32,719.60 milik Syarikat Sime Darby Industrial Sdn Bhd ke dalam akaun banknya untuk kegunaan sendiri antara 3 Februari 2023 dan 27 Julai 2023 di tempat yang sama.

Advertisement
Kesalahan di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara antara satu hingga 14 tahun, sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 12 Ogos tahun ini sebagai tarikh sebutan semula dan membenarkan Ng diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan dua penjamin tempatan bagi setiap pertuduhan.

Advertisement
Ng juga diperintahkan melaporkan diri di balai polis berdekatan pada setiap hari Jumaat pertama dan ketiga setiap bulan serta pasportnya, jika ada, diserah dan disimpan oleh mahkamah sehingga kes selesai.

Terdahulu, pihak pendakwaan membantah ikat jamin atas alasan Ng berdepan tiga pertuduhan, tetapi jika mahkamah membenarkan jaminan, beberapa syarat perlu dikenakan ke atasnya.

Ng, yang tidak diwakili, merayu agar ikat jamin dibenarkan dengan mengatakan ia merupakan kes mahkamah pertamanya dan sekiranya dia tidak dibenarkan diikat jamin, tiada siapa yang boleh menyara keluarganya kerana isterinya adalah suri rumah sepenuh masa.

Dia turut mendakwa bahawa dia tiada kuasa untuk menandatangani atau meluluskan sebarang cek.

Ng memohon agar jumlah jaminan ditetapkan antara RM2,000 hingga RM3,000 dan menambah dia akan memohon khidmat guaman daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Nurul Shafeerah Mad Iskim dan TPR Fazriel Fardiansyah Abdul Kadir tampil untuk pendakwaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here