Fri, 18 Jul 2025
Headlines:
Kenapa parti Sabah mesti teraju
Published on: Sunday, July 06, 2025
Published on: Sun, Jul 06, 2025
By: Hayati Dzulkifli
Text Size:
Text:
Kenapa parti Sabah mesti teraju
“Parti nasional menjadi teras di peringkat Persekutuan, manakala parti tempatan menjadi teras di peringkat negeri — model politik ini perlu dikekalkan,” kata Armizan.
Tenom: Rakyat Sabah perlu memastikan parti-parti berpang-kalan di Sabah menerajui kerajaan negeri masa depan bagi menjamin kepentingan dan hak-hak Sabah sentiasa terpelihara.

Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, nasihat beliau ini berasaskan pengalaman lalu, termasuk berkaitan penggubalan Akta Laut Wilayah 2012 (TSA 2012) yang mengehadkan kuasa negeri kepada hanya tiga batu nautika dari pesisir pantai.

Advertisement
Katanya, perkara seperti ini tidak boleh dibiarkan berulang kerana ketika TSA dibentangkan dan diluluskan di Parlimen pada 2012, pemimpin ketika itu hanya berdiam diri ibarat tikus, namun kini lantang memperjuangkan hak-hak negeri.

Walaupun beliau tidak menyebut nama, dipercayai kenyataan itu merujuk kepada pemimpin-pemimpin dalam Umno Sabah dan Barisan Nasional.

SPONSORED CONTENT
Featuring over 100 booths it is one of the largest trade and culture showcases ever held in East Malaysia.
“Ada pemimpin yang ketika itu merupakan Ahli Parlimen atau menteri persekutuan. 

“Mereka sepatutnya jelaskan kenapa mereka hanya membantah sekarang (terhadap TSA).

Advertisement
“Kenapa mereka tidak menentang sewaktu Rang Undang-Undang itu dibentangkan dalam Kabinet dan Parlimen sehingga ia menjadi undang-undang? Ini adalah rekod yang tidak boleh dipadam daripada sejarah,” katanya.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu berkata, sebab itulah penting untuk memastikan kerajaan negeri diterajui parti tempatan bagi memastikan kepentingan Sabah sentiasa diutamakan.

Advertisement
“Teras kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri perlu datang daripada parti berbeza supaya hubungan kedua-duanya kekal sebagai hubungan antara kerajaan, bukan hubungan dalam satu parti.

“Hubungan seperti inilah yang menjadi asas susunan politik sekarang, di mana teras kerajaan Persekutuan ialah Pakatan Harapan (PH), manakala teras kerajaan negeri ialah GRS.

“Parti nasional menjadi teras di peringkat Persekutuan, manakala parti tempatan menjadi teras di peringkat negeri — model politik ini perlu dikekalkan,” katanya.

Armizan berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Tahunan Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Bahagian Melalap, di sini, pada Sabtu.

Beliau memberi contoh jelas kepentingan mengekalkan model politik ini menerusi penggubalan Akta Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) 2025 yang diluluskan di Parlimen pada Mac 2025 (Dewan Rakyat pada 6 Mac 2025 dan Dewan Negara pada 25 Mac 2025).

Beliau berkata, Akta CCUS ini hanya terpakai di Semenanjung selepas mengambil kira pandangan kerajaan Sabah dan Sarawak.

“Perancangan asal ialah supaya Rang Undang-Undang CCUS merangkumi seluruh negara. 

“Namun selepas mendapat maklum balas daripada kerajaan Sabah di bawah GRS dan kerajaan Sarawak di bawah GPS, Jemaah Menteri Persekutuan bersetuju untuk mengehadkan pelaksanaannya di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja.

“Ini berlaku kerana Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim komited untuk mengiktiraf kedudukan khas Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” katanya.

Walaupun menegaskan bahawa Sabah tidak menolak parti nasional, Ahli Parlimen Papar itu berkata Kabinet Sabah turut dianggotai wakil rakyat daripada PH.

“Ini memastikan urusan negeri sentiasa dibincangkan dalam kerangka hubungan antara kerajaan, bukannya dirundingkan terlebih dahulu dalam satu parti sahaja,” katanya.

Beliau berkata perbezaan antara apa yang berlaku pada 2012 dan 2025 berpunca daripada dua faktor: Pertama, pada 2012, kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dipimpin oleh parti nasional yang sama, tidak seperti hari ini di mana teras kerajaan Persekutuan ialah parti nasional dan teras kerajaan negeri ialah parti tempatan.

Kedua, hampir semua Ahli Parlimen Sabah ketika itu berada dalam parti nasional atau gabungan nasional dan terikat dengan keputusan parti, yang menentukan undi mereka di Parlimen.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here