TAWAU: Penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) 14 tahun lepas terbukti bukan hanya mewujudkan keamanan, tetapi juga membawa limpahan manfaat kepada masyarakat di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata impaknya membolehkan dasar-dasar kerajaan dapat dilaksanakan di Esszone.
“Misalnya kita dapat meluncurkan Program Kampung Madani melalui Esscom di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan peruntukan RM1 juta untuk kampung-kampung terpilih,” katanya.
Saifuddin berkata demikian selepas majlis peluncuran Program Kampung Madani di Kampung Inderasabah di sini, pada Jumaat.