Tue, 9 Dec 2025
Headlines:
Hajiji yakin Kabinet Sabah baharu mampu pacu pembangunan
Published on: Tuesday, December 02, 2025
Published on: Tue, Dec 02, 2025
By: Larry Ralon, Esther Glorie Leow
Text Size:
Text:
Hajiji yakin Kabinet Sabah baharu mampu pacu pembangunan
Jafry dari Umno (kiri) menerima surat pelantikannya daripada Musa.
Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yakin anggota Kabinet Sabah yang baru dilantik mempunyai pengalaman dan kemampuan untuk memacu negeri ini ke arah kemajuan dan pencapaian yang lebih besar.

Beliau berkata Kabinet baharu itu mesti memastikan kesinambungan program pembangunan di bawah pelan pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0.

Advertisement
Hajiji turut mengucapkan tahniah kepada semua menteri baharu dan mengingatkan bahawa tanggungjawab yang dipikul adalah besar serta mesti dilaksanakan dengan dedikasi dan integriti sepenuhnya.

“Harapan saya agar semua dapat menjalankan tugas dengan dedikasi tidak berbelah bagi. 

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: A new way of living is on the horizon in Luyang. Astoria, by KTI Group (KTI Landmark Berhad) is now welcoming Astoria, the latest commercial-residential towers within The Logg, an upcoming mixed-use development landmark set to redefine city living in Kota Kinabalu.  .
“Berkhidmat untuk rakyat Sabah tanpa mengira latar belakang mereka,” katanya dalam kenyataan yang dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam di kediaman rasmi Ketua Menteri, Sri Gaya, Isnin petang, selepas majlis angkat sumpah Menteri baharu di Istana Seri Kinabalu lebih awal pada hari sama.

Dr Joachim, yang juga Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), adalah salah seorang daripada tiga Timbalan Ketua Menteri dalam Kabinet Sabah baharu. Dua lagi Timbalan Ketua Menteri ialah Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Masidi Manjun dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) Datuk Ewon Benedick.

Advertisement
Joachim, Masidi dan Ewon mengangkat sumpah bersama tujuh Menteri lain di hadapan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman. 

Menteri yang mengangkat sumpah termasuk tujuh Adun dari GRS dan seorang Adun masing-masing daripada Upko, Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan(PH).

Advertisement
Dr Joachim mengesahkan bahawa Kerajaan Negeri baharu merupakan Kerajaan Perpaduan, di mana BN secara rasmi terlibat, manakala Parti Solidariti Tanah Airku (Star) masih belum mengesahkan penyertaannya.

Dalam pilihan raya Sabah pada 29 Nov lalu, GRS yang dipimpin Hajiji memenangi 29 kerusi, diikuti Parti Warisan dengan 25 kerusi. BN memenangi enam kerusi, calon Bebas lima, Pakatan Harapan satu, Perikatan Nasional satu, Upko tiga, Star dua dan KDM satu kerusi.

Senarai Kabinet Sabah:
  • Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor
  • Timbalan Ketua Menteri I & Menteri Kerja Raya dan Utiliti - Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam (GRS)
  • Timbalan Ketua Menteri II & Menteri Kewangan - Datuk Seri Masidi Manjun (GRS)
  • Timbalan Ketua Menteri III & Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan - Datuk Ewon Benedick (Upko)
  • Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan - Datuk Mohd Arifin Mohd Arif (GRS)
  • Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan - Datuk Jamawi Jaafar (PH) 
  • Menteri Pembangunan Luar Bandar - Datuk Rubin Balang (GRS)
  • Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk James Ratib (GRS)
  • Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar - Datuk Jafry Ariffin (BN)
  • Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat - Datuk Julita Mojungki (GRS)
  • Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif - Datuk Nizam Abu Bakar Titingan (GRS) 

 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here