Sun, 7 Dec 2025
Headlines:
Jabatan Perhutanan lancar Sistem e-Removal Pass
Published on: Wednesday, December 03, 2025
Published on: Wed, Dec 03, 2025
By: Crystal E Hermenegildus
Text Size:
Text:
Jabatan Perhutanan lancar  Sistem e-Removal Pass
FREDERICK (tengah) bersama pengurus perhutanan daerah yang masing-masing menerima tablet bagi penggunaan sistem e-Removal Pass baharu.
Kota Kinabalu: Jabatan Perhutanan Sabah melancarkan Sistem e-Removal Pass, sebuah platform digital baharu bagi memperkukuh pengurusan, pemantauan dan ketelusan proses pemindahan hasil hutan negeri, khususnya kayu balak.

Ketua Konservator Hutan, Datuk Frederick Kugan, berkata sistem itu menggantikan kaedah manual sedia ada dengan proses digital sepenuhnya yang membolehkan semua permohonan, kelulusan dan pemantauan Removal Pass dilaksanakan secara dalam talian.

Advertisement
Beliau berkata sistem berkenaan dibangunkan untuk meningkatkan kawal selia aktiviti pemindahan kayu balak, menyediakan laporan lebih tepat dan boleh diaudit serta memastikan kebolehkesanan sepenuhnya, termasuk mematuhi piawaian antarabangsa seperti Peraturan Penebangan Hutan EU (EUDR).

“Sistem ini akan meningkatkan kecekapan, ketelusan dan keberkesanan pengurusan sumber hutan negeri.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: A new way of living is on the horizon in Luyang. Astoria, by KTI Group (KTI Landmark Berhad) is now welcoming Astoria, the latest commercial-residential towers within The Logg, an upcoming mixed-use development landmark set to redefine city living in Kota Kinabalu.  .
“Semangat kerja keras, inovasi dan komitmen tinggi warga jabatan amat dihargai dan menjadi contoh dalam merealisasikan agenda pendigitalan Kerajaan Negeri.

“Ia membolehkan semua proses permohonan, kelulusan dan pemantauan Removal Pass dilaksanakan secara dalam talian dan masa nyata,” katanya ketika melancarkan sistem berkenaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Selasa.

Advertisement
Majlis itu dihadiri 150 tetamu termasuk pegawai jabatan, wakil industri perkayuan dan pelbagai agensi berkaitan. 

Antara yang hadir ialah Jabatan Bendahari Negeri, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Pejabat Sumber Asli Negeri (SUHB), Yayasan Sabah, Innoprise Capital Sdn Bhd, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) Sabah, Safoda, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah dan Persatuan Industri Kayu Sabah (STIA).

Advertisement
Kehadiran mereka menggambarkan sokongan kukuh untuk pendigitalan dan pemodenan sektor perhutanan Sabah.

Frederick turut merakamkan penghargaan kepada Bahagian Perdagangan dan Industri Hutan serta warga Jabatan Perhutanan Sabah atas dedikasi mereka membangunkan sistem tersebut.

Beliau berkata pembangunan Sistem e-Removal Pass selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang menekankan penggunaan teknologi digital, peningkatan integriti dan pengurusan hutan mampan.

Pelancaran itu menandakan satu lagi pencapaian penting dalam transformasi digital sektor perhutanan Sabah. 

Jabatan Perhutanan Sabah terus komited memperkukuh sistem pengurusan berasaskan teknologi bagi menyokong kelestarian sumber hutan serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here