Sat, 6 Dec 2025
Headlines:
17 Pembantu Menteri angkat sumpah
Published on: Wednesday, December 03, 2025
Published on: Wed, Dec 03, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
17 Pembantu Menteri angkat sumpah
Kota Kinabalu: Sebanyak 17 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabah mengangkat sumpah sebagai Pembantu Menteri Sabah di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Musa Aman dalam istiadat di Istana Seri Kinabalu di sini, Selasa.

11 Adun mewakili Gabungan Rakyat Sabah (GRS) iaitu Adun Kiulu Datuk Joniston Bangkuai, Datuk Seri Ruddy Awah (Pitas), Datuk Isnin Aliasnih (Klias), Datuk Samad Jambri (Labuk), Datuk Limus Jury (Kuala Penyu), Datuk Ruslan Muharam (Lumadan) dan Datuk Hendrus Anding (Tandek).

Advertisement
Selain itu, Datuk Jonnybone J Kurum (Telupid), Datuk Juil Nuatim (Limbahau), Datuk Chong Chen Bin (Tanjong Kapor) dan Dr Andi Md Shamsureezal Mohd Sainal (Tanjung Batu).

Dalam pada itu, empat Adun Bebas turut mengangkat sumpah jawatan sebagai Pembantu Menteri iaitu Datuk Fairuz Renddan (Pintasan), Datuk Rina Jainal (Kukusan), Datuk Dr Maijol Mahap (Bandau) dan Jordan Jude Ellron (Tulid).

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: A new way of living is on the horizon in Luyang. Astoria, by KTI Group (KTI Landmark Berhad) is now welcoming Astoria, the latest commercial-residential towers within The Logg, an upcoming mixed-use development landmark set to redefine city living in Kota Kinabalu.  .
Adun Bingkor Datuk Mohd Ishak Ayub daripada Parti Solidariti Tanah Airku (Star) turut mengangkat sumpah sebagai Pembantu Menteri, bagaimanapun dilaporkan sebelum ini Star menolak untuk menyertai kerajaan negeri dan penyertaan Mohd Ishak adalah melalui kapasiti peribadi dan bukan parti.

Seorang lagi Pembantu Menteri yang mengangkat sumpah ialah Datuk Caesar Mandela Malakun iaitu seorang Adun Dilantik yang turut mendapat watikah pelantikannya daripada Tun Musa pada istiadat sama.

Advertisement
Lima individu lain yang menerima watikah lantikan sebagai Adun Dilantik ialah Datuk Mohamed Razali Mohamed Razi, Datuk Chin Shu Ying, Datuk Roger Chin Ken Fong, Grace Lee Li Mei dan Datuk Abdul Kassim Razali.

Berdasarkan Perkara 14 (1) Perlembagaan Sabah, Yang Dipertua Negeri Sabah boleh melantik tidak lebih enam individu sebagai Adun Dilantik dalam Dewan Undangan Negeri Sabah.

Advertisement
Pada awal pagi Ahad lepas, Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri ke-17. Pada Isnin, 10 Adun mengangkat sumpah sebagai anggota Kabinet negeri di hadapan Tun Musa di Istana Seri Kinabalu.

Ini menjadikan komposisi Kabinet Sabah terdiri daripada lapan GRS manakala masing-masing satu daripada Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu (Upko), Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN). 

Pada PRN Sabah ke-17 Sabtu lepas, GRS memperoleh 29 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri dipertandingkan.

Parti Warisan (Warisan) mendapat 25 kerusi diikuti Barisan Nasional (enam), Bebas (lima), Upko (tiga), Star (dua) manakala Perikatan Nasional, Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat dan Pakatan Harapan masing-masing menang satu kerusi.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here