Sun, 7 Dec 2025
Headlines:
Aspirasi rakyat Sabah mesti dilaksana Adun, parti
Published on: Wednesday, December 03, 2025
Published on: Wed, Dec 03, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Aspirasi rakyat Sabah mesti dilaksana Adun, parti
Armizan berkata ADUN pembangkang juga memainkan peranan penting dalam semak dan imbang bagi memastikan kerajaan negeri kekal relevan dan responsif.
Kota Kinabalu: Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan parti politik yang membentuk Kerajaan Sabah mesti memastikan aspirasi rakyat negeri itu dilaksanakan.

Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Armizan Mohd Ali berkata daripada parti manapun Adun itu datang, aspirasi rakyat itu perlu mereka laksanakan melalui sebuah kerajaan yang stabil, inklusif dan berintegriti.

Advertisement
Beliau yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup berkata, ahli Jemaah Menteri Sabah yang dibentuk Isnin lepas bagi menunjangi kerajaan negeri pula didirikan atas komitmen wakil-wakil parti yang terlibat untuk membentuk kerangka dan asas utama hala tuju negeri.

“Sungguhpun tiada gabungan parti yang mendapat majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan namun mandat rakyat turun mengundi inginkan sebuah kerajaan didirikan untuk membawa perubahan lebih bernilai dan bermakna.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: A new way of living is on the horizon in Luyang. Astoria, by KTI Group (KTI Landmark Berhad) is now welcoming Astoria, the latest commercial-residential towers within The Logg, an upcoming mixed-use development landmark set to redefine city living in Kota Kinabalu.  .
“Agenda mendahulukan dan mengutamakan hak dan kepentingan Sabah akan menjadi teras utama sebagaimana yang termaktub dalam aku janji pilihan raya semua parti dan ADUN yang terlibat,” katanya dalam hantaran di laman Facebook.

Beliau berkata sungguhpun kesemua lima Adun Bebas pernah menjadi pimpinan parti GRS sebelum hari penamaan calon, suara mereka yang kini atas kapasiti Adun Bebas amat penting dalam membentuk landskap politik negeri.

Advertisement
Armizan berkata ADUN pembangkang juga memainkan peranan penting dalam semak dan imbang bagi memastikan kerajaan negeri kekal relevan dan responsif.

Sebanyak 10 ahli Jemaah Menteri Sabah mengangkat sumpah jawatan masing-masing di hadapan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu di sini pada Isnin.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here