Wed, 14 Jan 2026
Headlines:
Advertisement
LDP: Siasat Invest Sabah tapi jangan ditutup
Published on: Saturday, January 10, 2026
Published on: Sat, Jan 10, 2026
By: Hayati Dzulkifli
Text Size:
Text:
LDP: Siasat Invest Sabah tapi jangan ditutup
Kota Kinabalu: Parti Liberal Demokratik (LDP) berkata sebarang dakwaan salah laku dalam Invest Sabah Berhad (ISB) wajar disiasat secara menyeluruh namun membubarkan cabang pelaburan kerajaan negeri itu adalah tindakan pramatang dan tidak produktif.

Ketua Biro Infrastruktur dan Utiliti (Beaufras) parti Peggy Liow (gambar) berkata sekiranya dakwaan berkenaan benar, tindakan sewajarnya perlu diambil namun ISB sepatutnya diberi peluang sekurang-kurangnya dua tahun untuk membuktikan keupayaannya.

Advertisement
Peggy mengulas gesaan aktivis Labuan, Lau Seng Kiat, yang mahu Invest Sabah menjadi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) pertama ditutup kerana didakwa gagal membawa sebarang pelaburan kepada Sabah sepanjang lima tahun penubuhannya.

Sebelum ini, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata GLC yang tidak mencatat keuntungan secara berturut-turut selama lima tahun akan ditutup.

SPONSORED CONTENT
East Malaysia's home-grown quick service restaurant brand SugarBun, together with its sister brand Pezzo, marked a milestone with the opening of its 165th outlet, SugarBun Express at EG Mall in Inanam.
Lau mendakwa Invest Sabah telah membazirkan kira-kira RM25 juta wang pembayar cukai yang disalurkan kepadanya, memandangkan pelaburan berjumlah kira-kira RM20 bilion yang diterima Sabah sejak 2020 adalah hasil usaha Ketua Menteri dan bekas Menteri Pembangunan Perindustrian Datuk Ginger Phoong.

Katanya, Invest Sabah perlu memberi penjelasan berhubung pelbagai dakwaan termasuk penyalahgunaan dana dan penyalahgunaan kuasa membabitkan pegawai kanan yang didakwa hanya berminat untuk melancong termasuk seorang individu yang didakwa mengupah “kekasihnya” dengan gaji RM10,000 serta menjadikannya kakitangan tetap yang mengetuai sebuah jabatan.

Advertisement
Peggy berkata Sabah masih amat memerlukan pelaburan berskala sederhana dan besar khususnya dalam sektor infrastruktur dan utiliti bagi menyokong pertumbuhan serta pembangunan ekonomi jangka panjang.

“Tidak wajar untuk meminta Invest Sabah ‘gulung tikar’. Sebaliknya, bersihkan, perbetulkan dan teruskan ke hadapan. Isikan ia dengan individu berkaliber, berkelayakan, berintegriti dan berkemahiran.

Advertisement
“Invest Sabah memainkan peranan penting dalam merancang, menyelaras, mempromosikan serta mempercepatkan kemasukan pelaburan ke negeri ini, khususnya dalam sektor kritikal seperti infrastruktur dan utiliti.

“Oleh itu, letakkan individu yang tepat dengan pengalaman dan kemahiran luas untuk menerajui Invest Sabah bagi melengkapi usaha kerajaan negeri meningkatkan pelaburan demi pembangunan Sabah,” katanya.

Peggy berkata Beaufras berminat untuk bekerjasama dengan Invest Sabah dalam menarik pelabur luar negara termasuk syarikat Fortune 500.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here