Wed, 14 Jan 2026
Headlines:
Advertisement
Dua nelayan asing miliki petrol tanpa kebenaran dijel 8 bulan
Published on: Saturday, January 10, 2026
Published on: Sat, Jan 10, 2026
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Dua nelayan asing miliki petrol tanpa kebenaran dijel 8 bulan
DUA warga asing dipenjara 8 bulan kerana memiliki minyak petrol tanpa kebenaran sah.
TAWAU: Dua nelayan asing dijatuhkan hukuman penjara masing-masing lapan bulan di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat kerana memiliki 2, 250 liter minyak petrol tanpa kebenaran sah. 

Hakim Ahmad Faizadh Yahaya menjatuhkan hukuman itu ke atas Nadzmer Abf Hamid, 29, yang memegang IMM13P dan Isa Sabi, 45, tanpa dokumen, selepas kedua-duanya mengaku bersalah.

Advertisement
Mereka didapati melakukan kesalahan tersebut sekitar jam 9.30 malam di kawasan perairan Kg Tanjung Baru, Pulau Bum- Bum Semporna pada 30 Disember 2025.

Mahkamah memerintahkan kedua-duanya menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkapan dan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut selepas selesai pemenjaraan. 

SPONSORED CONTENT
East Malaysia's home-grown quick service restaurant brand SugarBun, together with its sister brand Pezzo, marked a milestone with the opening of its 165th outlet, SugarBun Express at EG Mall in Inanam.
Selain itu, barang kawalan iaitu minyak petrol sebanyak 2,250 liter diarahkan untuk dijual dan dijadikan hasil kerajaan.

Barang kes lain termasuk sebuah bot laju, enjin sangkut  serta 50 liter petrol bercampur 2T dilucuthakkan kepada KPDN di bawah Seksyen 26(1) Akta Kawalan Bekalan 1961.

Advertisement
Mengikut fakta kes, Nadzmer dan Isa ditangkap polis dari Balai Polis Pulau Bum-Bum hasil maklumat risikan dan kemudian diserahkan kepada KPDN Cawangan Semporna untuk tindakan lanjut.

Kedua-duanya disabitkan kesalahan di bawah Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu berurusan secara borong atau runcit barang kawalan iaitu minyak petrol sebanyak 2, 250 liter tanpa lesen atau kebenaran daripada Pengawal Bekalan.

Advertisement
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Kementerian Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Semporna, Zulkifli Baco manakala kedua-dua lelaki itu tidak diwakili peguam.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here