Wed, 14 Jan 2026
Headlines:
Advertisement
Penganggur rogol remaja dipenjara 20 tahun, rotan
Published on: Saturday, January 10, 2026
Published on: Sat, Jan 10, 2026
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Penganggur rogol remaja dipenjara 20 tahun, rotan
Mahkamah memerintahkan Hazmi menjalani hukuman penjara kedua-dua pertuduhan secara serentak.
Kota Kinabalu: Seorang penganggur lelaki berusia 57 tahun dipenjara berjumlah 20 tahun dan diperintah dikenakan sembilan kali sebatan rotan kerana merogol seorang perempuan bawah umur dan memasukkan kemaluannya ke dalam dubur remaja itu.

Hakim Mahkamah Sesyen Zaini Fishir menjatuhkan hukuman itu selepas Hazmi Abdul Gaffar mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dihadapinya.

Advertisement
Bagi pertuduhan pertama, Hazmi dipenjara 12 tahun dan lima sebatan rotan kerana merogol remaja perempuan berumur 17 tahun itu dan pada masa sama menyebabkan kecederaan padanya pada jam 7 malam, 22 Disember 2025 di tepi jalan berhampiran sebuah bangunan di Jalan Kepayan, di sini.

Kesalahan di bawah Seksyen 376(2)(a) Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara antara 10 dan 30 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
East Malaysia's home-grown quick service restaurant brand SugarBun, together with its sister brand Pezzo, marked a milestone with the opening of its 165th outlet, SugarBun Express at EG Mall in Inanam.
Bagi tuduhan kedua, dia dipenjarakan selama lapan tahun lagi dan diperintahkan untuk disebat empat kali kerana memasukkan kemaluannya ke dalam dubur gadis itu di tempat dan masa yang sama. 

Kesalahan di bawah Seksyen 376(2)(a) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara antara 10 hingga 30 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Advertisement
Pada pertuduhan kedua, dia dijatuhi hukuman penjara lapan tahun lagi dan diperintah dikenakan empat kali sebatan rotan kerana memasukkan alat sulitnya ke dalam dubur mangsa di tempat dan masa yang sama.

Mahkamah memerintahkan Hazmi menjalani hukuman penjara kedua-dua pertuduhan secara serentak.

Advertisement
Berdasarkan fakta kes, kira-kira pukul 6 petang sebelum kejadian, mangsa yang sedang berjalan di jambatan pejalan kaki, didekati oleh seorang lelaki yang kemudian dikenali sebagai Hazmi. 

Hazmi bercakap dengannya dan memberitahu bahawa mangsa menyerupai anak perempuannya, sebelum berkongsi masalah peribadinya.

Apabila mangsa cuba untuk pergi, Hazmi menarik tangannya dan meminta nombor telefonnya. Walaupun mangsa menolak, Hazmi memaksanya membuat panggilan tidak dijawab (missed call) ke telefon Hazmi.

Kira-kira pukul 7 malam pada hari sama, Hazmi menghubungi mangsa dan menyatakan bahawa dia belum makan sepanjang hari serta meminta mangsa membawa sedikit makanan kepadanya.

Atas dasar simpati, mangsa membungkus makanan dengan niat untuk menyerahkannya.

Apabila mangsa bertemu Hazmi, dia menarik mangsa ke kawasan semak di tempat kejadian di mana perbuatan rogol berlaku.

Mangsa cuba melawan tetapi gagal apabila Hazmi menekannya dan menumbuk bahagian rusuk kiri mangsa.

Hazmi kemudian mengugut mangsa, dengan berkata, “Saya akan bunuh keluargamu jika kau buat bising,” menyebabkan mangsa takut dan berhenti melawan.

Selepas kejadian, Hazmi melepaskan mangsa dengan syarat dia tidak memberitahu sesiapa tentang apa yang berlaku, sambil mengulangi ugutan yang sama.

Mangsa kemudian menceritakan kejadian itu kepada seorang rakan sebelum membuat laporan polis, yang membawa kepada penangkapan Hazmi. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here