KUALA PENYU: Sebatang pokok getah tumbang dan menghalangi jalan raya di Kampung Tanggulian Tanjung Aru pada Jumaat.
Kejadian mengakibatkan gangguan lalu lintas di kampung berkenaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Penyu Zulhalim Abidin berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 9.26 pagi.
“Sepasukan anggota dengan sebuah jentera FRT digerakan ke lokasi yang terletak kira-kira 39 kilometer dari balai.
“Setibanya di lokasi pasukan mendapati sebatang pokok telah tumbang dan merintangi jalan raya sekali gus menyukarkan pengguna jalan.
“Pokok dikenal pasti sebagai pokok getah dan kerja-kerja pembersihan dijalankan menggunakan dua unit gergaji rantai bagi memotong dan mengalihkan pokok tersebut,” katanya.