SANDAKAN: Mahasiswa institusi teknikal dan vokasional (TVET) digesa mempersiapkan diri sebagai modal insan berkemahiran tinggi bagi menyokong agenda pembangunan negeri di bawah pelan Sabah Maju Jaya 2.0 (SMJ2.0).
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Manila Hazeem Mubarak Musa berkata transformasi daripada seorang pelajar kepada mahasiswa kompeten adalah kunci utama dalam memenuhi tuntutan industri moden yang semakin mencabar.
“Pembangunan modal insan adalah pelaburan terpenting bagi masa depan negeri.
“Kita mahu melahirkan anak-anak Sabah yang bukan sahaja memiliki kelulusan akademik tetapi mempunyai kemahiran tinggi, kompeten dan mampu berdaya saing di peringkat global,” katanya.
Advertisement







