Fri, 17 May 2024

HEADLINES :


Anwar kata tak tolak ansur sentimen 3R, polis akan bertindak tegas
Published on: Wednesday, May 01, 2024
By: Bernama
Text Size:

Anwar kata tak tolak ansur sentimen 3R, polis akan bertindak tegas
Perdana Menteri berkata kebebasan bersuara yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan bukan bermakna kebebasan untuk mencerca dan memaki hamun sesuka hati.
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau dan kerajaan bersedia menerima sebarang kritikan, namun kerajaan tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana pihak yang menyentuh sentimen isu 3R (raja, agama dan kaum).

Beliau berkata kebebasan bersuara yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan bukan bermakna kebebasan untuk mencerca dan memaki hamun sesuka hati.

"Raja-raja Melayu secara konsesus meminta supaya kerajaan lebih tegas menghalang.. ini kerana mereka merasa tidak adil. (Raja-raja Melayu) diserang tapi (Raja-raja Melayu) tak boleh jawab.

"... semua cakap nak pertahan Melayu, parti pun parti Melayu, tapi maki Raja-raja Melayu... saya tidak akan bertolak ansur (bagi yang) langgar peraturan ini, polis akan bertindak tegas dan saya minta peguam negara kaji dan bawa ke mahkamah biar mahkamah putuskan," katanya dalam program 'Soal Jawab Perdana Menteri' bersama empat stesen televisyen tempatan malam ini.

Anwar berkata kerajaan tidak akan berkompromi terhadap pihak-pihak yang menyentuh institusi raja-raja, sebagai contoh dakwaan penglibatan raja dalam penubuhan kasino.

Terdahulu, Anwar ketika berucap pada majlis Sambutan Hari Pekerja 2024 hari ini menegaskan mana-mana pihak yang mengaitkan beliau dan kerajaan dengan dakwaan ada perbincangan mengenai projek lesen kasino di Forest City, perlu diambil tindakan undang-undang.

Menyifatkan pihak berkenaan tiada modal berpolitik, Anwar berkata Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim tidak pernah menyebut kepada beliau minat baginda untuk mengadakan tempat perjudian di Forest City.

Temu bual khas hampir sejam bersama Perdana Menteri Malaysia Ke-10 itu dikendalikan penyampai RTM Sayed Munawar Sayed Mustar, Pasha Abdul Rahim (Bernama TV), Muhammad Zulfitri Yusof (Astro Awani) dan Azaria Tagaya (TV3).

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here