Sun, 19 May 2024

HEADLINES :


Nikmati panorama matahari terbenam di Indah Chalet Pitas
Published on: Sunday, May 05, 2024
By: R Gonzales
Text Size:

Nikmati panorama matahari terbenam di Indah Chalet Pitas
PENGUNJUNG berpeluang merasai masakan makanan laut sambil menyaksikan pemandangan matahari terbenam.
MENIKMATI pemandangan atau panorama matahari terbenam dengan bunyi ombak merupakan satu ketenangan yang cukup ‘damai’ dan mengagumkan.

Lebih-lebih lagi, detik senja yang mulai perlahan-lahan bertukar sunyi sambil merasai bayu angin dari arah utara kepulauan Borneo itu.

Indah Chalet Pitas terletak di Dataran Bengkoka Pitas bahagian Kudat, kira-kira 190 kilometer dari Kota Kinabalu, lokasi ini dibuka sejak pertengahan tahun 2012.

Menawarkan pelbagai aktiviti menarik namun keutamaannya adalah kemudahan penginapan dan aktiviti memancing selain merasai makanan laut di restoran yang disediakan.

ANTARA sudut yang digemari pengunjung bergambar, berlatarbelakangkan matahari terbenam.

INDAH Chalet Pitas menjadi tumpuan pemancing di kawasan jeti disebabkan kedalaman air laut yang mencecah 9 meter.

Pengunjung boleh menempah bilik dengan pelbagai kemudahan seperti penghawa dingin, bilik mandi, katil dan sebagainya.

Penulis yang berkesempatan menginap di sini, tidak melepaskan peluang memancing sambil merakamkan saat-saat indah menyaksikan pemandangan matahari terbenam.

Seusai senja, ada juga pengunjung lain yang menantikan pemandangan bintang di langit pada waktu malam sambil menikmati makanan di restoran. 

Pengunjung, Herman Minggoh, 30, berasal dari Tamparuli berkata, Indah Chalet Pitas menjadi tumpuan pemancing sejak dahulu disebabkan kedalaman air laut yang berbeza berbanding jeti di daerah lain.

INFO:
  • Terletak di Dataran Bengkoka, Pitas kira-kira 190 kilometer dari Kota Kinabalu
  • Dibuka setiap hari 
  • Pengunjung gemar bergambar di tepi laut
  • Pemandangan menarik ketika matahari terbenam 
  • Menyediakan restoran dan aktiviti memancing

     

“Di sini, kedalaman air laut pasang mencecah ketingggian sehingga sembilan meter berbanding kebanyakkan jeti di daerah lain.

“Lebih menarik, pemancing santai sambil menunggu joran direntap ikan dan paling menggembirakan apabila joran diragut ikan yang berukuran saiz besar.”

Tambahnya lagi, kemudahan penginapan dan kawasan memancing yang luas memberi keselesaan kepada keluarganya untuk beriadah walaupun cuaca panas.

Bagi seorang lagi pengunjung, Verra Ina Tasha Sapinah, akses penginapan ini membolehkan pengunjung menikmati alam semula jadi dengan lebih dekat, sama ada menghirup udara nyaman pantai, menyaksikan keindahan lautan biru mahupun menikmati ketenangan hutan yang berhampiran.

PENGUNJUNG tiba di ruang pendaftaran Indah Chalet Pitas.

PENGUNJUNG tidak melepaskan peluang merakam kenangan dengan replika udang di Dataran Bengkoka, Pitas.

“Setiap bilik penginapan dibina di atas platform dengan ketinggian tertentu yang menggunakan kayu berkualiti sekali gus memberi keseimbangan elemen alam semula jadi kepada pengunjung.

“Walaupun terdapat beberapa kemudahan moden seperti penghawa dingin dan lantai mozek, bagi menyuntik elemen semula jadi, hiasan dalaman bilik tidur turut diselitkan struktur tona neutral seperti coklat dan hitam bagi perabot kayu,” katanya.

Menurutnya, penginapan terbabit turut menyediakan restoran dan kantin untuk memudahkan pengunjung membeli makanan dan minuman. 

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here