SANDAKAN: Operasi memadam kebakaran hutan simpan rekreasi Elopura yang terletak di Bukit Sim-Sim masih dilaksanakan sejak pagi ini sehingga kini (jam 5.30 petang).
Dianggarkan kebakaran tersebut telah memusnahkan enam ekar hutan sejak kebakaran dilaporkan pada jam 9.06 pagi.
Pasukan bomba telah meminta pihak polis untuk menutup laluan masuk mendaki bagi memastikan tiada aktiviti mendaki dilakukan.