Thu, 6 Jun 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Jackson ungguli Sugandoi Kaamatan Nabawan
Published on: Sunday, May 12, 2024
By: Marutin Ansiung
Text Size:

Jackson ungguli Sugandoi Kaamatan Nabawan
JACKSON (kanan) yang muncul johan bersama naib juara Jenneyviey.
NABAWAN: Jackson Nicholos dinobatkan sebagai johan Sugandoi Kaamatan terbuka peringkat daerah Nabawan selepas mengatasi enam lagi peserta yang melayakkan diri dalam pertandingan akhir di dewan terbuka Majlis Daerah, di sini, pada Khamis.

Jackson membawa lagu pertamanya yang bertajuk Samot Dit Ondu dan lagu keduanya Pahalungan Ra Huang Mai ciptaan dan nyanyiannya sendiri Naib johan disandang oleh Jenneyviey William yang membawa lagu pertama Upus Nu dan lagu kedua Nunuk Ragang.

Tempat ketiga jatuh kepada Irdina Diwalang Abdullah dengan lagu pertama Hombo dan lagu kedua Lakaso Taka Kalumpayan.

Dalam kategori ini, empat lagi peserta masing-masing menerima hadiah saguhati terdiri daripada Salprin Salleh, Mick Shantiago Taihing, Moraine Siam dan Alfazira Era Mathew.

Johan bagi kategori Songkotoun disandang oleh Rosdi James Emis Bambangan dengan lagunya Sunsugali Sugali.

ROSDI (kiri) juara Songkotoun bersama naib johan, Markus. 

Naib johan dan tempat ketiga masing-masing disandang oleh Markus Kumalu membawa lagu Nairuan Noyo Pamahunan dan Tallest Joseph Tamit dengan lagu Vinuon.

Seorang lagi peserta dalam kategori ini Raunis @ Sylvester Kandoi dengan lagu Huangku Mangkada-Kada menerima saguhati.

Sementara itu bagi kategori Dazanak adik Chelviorabeona Brandon yang membawa lagu Araatan dinobatkan sebagai johan.

Naib johan dan tempat ketiga masing-masing jatuh kepada Whitneylovelyn Zediwardiwan lagu Hiti No Masoku dana Filzah Nur Qaisara Nordin lagu Gompiyo Noh Piupusan.

Aiden Louie Pearl yang membawa Momuhobo penerima saguhati dalam kategori ini.

Pertandingan Sugandoi Pesta Kaamatan Peringkat Daerah dirasmikan oleh Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bobbey A. Suan yang sekali gus menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang.

Semua pemenang dan naib johan dalam setiap kategori akan mewakili Daerah Nabawan dan Daerah Kecil Pagalungan ke Sugandoi Kaamatan peringkat Negeri yang akan berlangsung di Hongkod Koisaan, Penampang, hujung bulan ini.

Hadir sama Pegawai Daerah Nabawan Peter Jiton, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Nabawan Deckson Andipai dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here