Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Unduk Ngadau 2024 perlihat kepentingan penguasaan bahasa ibunda, pengucapan awam
Published on: Sunday, June 02, 2024
Published on: Sun, Jun 02, 2024
By: Bernama
Text Size:
Text:
Unduk Ngadau 2024 perlihat kepentingan penguasaan bahasa ibunda, pengucapan awam
Hyellene menjawab soalan ketika sesi soal jawab. (Gambar kecil) Ramzah
KOTA KINABALU: Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) 2024 menampilkan kejutan menerusi format baharu menguji tahap penguasaan bahasa ibunda dan kemahiran asas pengucapan awam peserta pertandingan ratu cantik itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Pembangunan Sabah Prof Madya Datuk Dr Ramzah Dambul berkata perkara itu dapat disaksikan terutama pada pusingan 15 terbaik, memperlihatkan kepentingan kedua-dua elemen itu dikuasai setiap peserta Unduk Ngadau.

Advertisement
"Sesuai dengan status pertandingan yang sudah dinaik taraf jadi kebangsaan, pusingan 'top' 15 tahun ini turut dinaik taraf supaya lebih mencabar. Sebanyak 15 kata kunci dimaklumkan dua hari lebih awal.

"Tapi kata kunci muktamad untuk dijawab setiap unduk hanya akan dipilih secara rambang pada hari kejadian di atas pentas," katanya yang berkongsi ulasan mengenai UNK 2024 menerusi laman Facebook hari ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau turut berpendapat format baharu yang disifatkannya sebagai canggih dan inovatif itu, membolehkan hanya calon yang benar-benar layak sampai ke pusingan tujuh terbaik, selain memberi mesej jelas kepada panel pemilih di peringkat daerah untuk memastikan calon yang dipilih ke peringkat seterusnya tahun depan ialah mereka yang benar-benar memiliki serta menguasai kemahiran berkenaan.

Ramzah turut berpandangan 'sumandak' atau gadis cantik yang pintar, selain memiliki aura, personaliti dan karisma layak menjadi Unduk Ngadau sesuai dengan peranan mereka sebagai duta budaya selama setahun yang akan mengikuti pelbagai aktiviti dan sesi libat urus.

Advertisement
Hyellene Danius dimahkotakan sebagai Unduk Ngadau 2024 pada hari kemuncak sambutan Pesta Kaamatan, Jumaat lepas.

Wakil Inanam itu menewaskan 50 peserta lain dan beliau mengambil alih gelaran itu daripada Unduk Ngadau 2023 Carol Abbey Gail.

Advertisement
Elldiwirna Saimen mewakili Kiulu muncul naib johan manakala tempat ketiga dimenangi Monicka Majin dari Keningau.

Unduk Ngadau merupakan acara kebudayaan yang diadakan sempena Pesta Kaamatan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here