Wed, 29 May 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Mosar Gunung Kinabalu selamatkan pendaki ke-10 tahun ini 
Published on: Wednesday, May 15, 2024
By: Clarence Dol
Text Size:

Mosar Gunung Kinabalu selamatkan pendaki ke-10 tahun ini 
MOSAR membawa mangsa turun ke Timpohon Gate selepas kejadian.
RANAU: Seorang wanita tempatan berusia 25 tahun menjadi mangsa ke-10 tahun ini apabila mengalami sakit perut semasa mendaki Gunung Kinabalu di sini, Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau, Ridwan Mohd Taib berkata, kejadian berlaku di kilometer 2, Gunung Kinabalu, kira-kira jam 2 petang.

“Kami menerima panggilan melalui Talian Balai dan satu pasukan lima anggota mencari dan menyelamat (Mosar) Gunung Kinabalu diketuai Pegawai Operasi, PBB Felix Taimin dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Apabila pasukan tiba di lokasi, kami mendapati terdapat seorang pendaki mengalami sakit perut, muntah, pening dan mengadu tidak dapat berjalan di KM2 Gunung Kinabalu.

“Mosar bersama Malim Gunung memberikan rawatan awal dan kemudian membawa turun mangsa menggunakan kaedah piggyback carry menuju ke Timpohon Gate,” katanya.

Menurut Ridwan, kira-kira jam 4.15 petang, mangsa selamat tiba di Timpohon Gate sebelum diserahkan kepada ambulans untuk dihantar ke hospital bagi rawatan lanjut.

Tambahnya, kes pada Selasa menjadi kes ketiga untuk Mei tahun ini, dan ke-10 pada 2024.

Pada Januari, tiga pendaki mengalami pelbagai kecederaan ketika mendaki Gunung Kinabalu manakala pada Februari (2), Mac (2) kes serupa direkodkan. Tiada kes dilaporkan pada April.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here