BELURAN: Memasuki hari kesebelas operasi memadam kebakaran hutan dekat Kampung Pinangkau, Paitan, disini, pasukan Bomba Beluran melaksanakan usaha itu bersama anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu, BBP Sandakan dan BBP Kinabatangan bersama pemantau unit Drone, unit Udara dan pasukan pelbagai kepakaran Bomba.
Turut membantu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan PDRM.
Kebakaran yang mula berlaku sejak 17 Mei lepas itu melibatkan keluasan 300 ekar.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Beluran, Edoen Macheal yang juga mengetuai operasi itu berkata, setakat ini, pasukan operasi telah berjaya memadam kebakaran di lokasi seluas 145 ekar dengan 82 ekar pada Ahad.